Pedihnya Azab Neraka
Di post oleh
Thahar
Labels:
Design,
iLuvislam.com,
Tazkirah
Sedikit huraian ringkas dari terjemahan ayat di testi.
Kita mempunyai ramai pemimpin Islam di dunia ini. Tetapi dalam ramai-ramai itu, hanya segelintir sahaja yang mengikuti apa yang diajarkan oleh Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Yang selebihnya tidak mempraktikkan apa yang Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam lakukan. Dan mereka pula menjadi pemimpin kerana mendapat sokongan ramai. Maknanya mereka lebih senang dan selesa mengikut cara Barat yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.
Bukankah Allah sudah memberi peringatan kepada kita? Semuanya ada di dalam Al-Quran. Tinggal kita saja untuk mengkajinya.
Rindukan zaman Khalifah Ar-Rasyidin. Zaman sekarang ini, siapa yang akan menjadi Khalifah? Siapa yang akan memperjuangkan sistem khilafah yang dulunya dilenyapkan oleh pengkhianat, pemimpin diktator, Mustafa Kamal Attarturk? Siapa lagi kalau bukan kita?
Fikir-fikirkanlah.
Wallahua’lam
P/S: Api di design tersebut hanyalah efek semata-mata. Tidak berniat pun untuk memberi gambaran tentang bagaimana neraka yang sebenar. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Alhamdulillah, selepas testi Malas yang dihasilkan beberapa hari lepas, saya tiba-tiba bersemangat untuk terus mendesign. Adakah metod yang digunakan berkesan? haha. Kamu semua cubalah sendiri. Hehe.
Sunday, January 24, 2010 | 4 Comments
Thahar! Jangan Malas!
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Design,
iLuvislam.com
Sebaik semester baru dibuka, saya menjadi malas dan bertambah malas. Perlukan motivasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Mungkin buku lima ini boleh menjadi motivasi yang bagus untuk saya.
Dush!!! Adeh, sakit!
Er, sekian saja entri kali ini. Nak taip sesuatu pun malas. Dush lagi!!
Tengok. Testi pun simple. Dush! Malas punya designer!
Thursday, January 21, 2010 | 7 Comments
AlwanComics Kembali!!
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap
Maaf kerana agak lambat saya mempromosikan web alwan.
Alwancomis.com adalah satu laman web yang mengumpulkan karya-karya islamik tak kiralah dari segi lukisan, komik, penulisan kreatif dan banyak lagi.
Dengan motto "It's More Than Just A Comic", alwan mula beroperasi sejak awal 2004 dan mendapat sambutan yang hangat dari peminat-peminat seni yang dahagakan karya Islamik yang mana ketika itu karya Islamik sedang mula berkembang. Kalau nak tahu, kebanyakan lukisan Islamik yang tersebar di internet datangnya dari alwancomics.
Malangnya, alwan berhenti beroperasi pada 2008 atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Mengikut sumber dari Freshie, salah seorang alwaniyyun (panggilan untuk ahli-ahli forum alwan), Wanzu, iaitu pengasas alwancomics telah pun menutup web tersebut atas alasan tiada siapa yang dapat mengendalikan lagi web tersebut kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya. Jadi ia berkubur begitu sahaja.
Tetapi pada awal tahun baru yang lepas, saya terbaca satu post dari Han Ri yang mengatakan web alwancomics sudah kembali. Terus sahaja saya ke alwan dan mendapati memang ada! Gembira tak terkata kerana setelah hampir 3 tahun, akhirnya kembali beroperasi juga alwan.
Disebabkan pertukaran server lama ke server yang baru, banyak karya lukisan dan komik hilang dan tidak boleh diselamatkan lagi. Mujurlah karya saya masa budak kecik dulu ada lagi kerana saya menggunakan photobucket.com untuk memuat naik gambar-gambar. Kelakar pula bila tengok lukisan-lukisan lama.
Jadi, apa lagi? Mari ramai-ramai sertai forum alwan!
Memang tak rugi.. Hehe..
Mari kita hidupkan kembali alwan dan kembalikan zaman kegemilangannya.
Klik sini untuk pergi ke forum alwancomics.
Link ke forum Alwan
Klik sini untuk pergi ke forum alwancomics.
Link ke forum Alwan
alwancomics.com
Thursday, January 14, 2010 | 6 Comments
Pembaziran Cuti
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Lukisan
Ya, agak lama tidak kemas rumah. Kalau tunggu lagi 5 hari, genap sebulan rumah ini tidak dikemas. Sudah kelihatan seperti rumah terbiar.
Nasib baik rumah ini percuma. Tak perlu bayar duit sewa atau pun ansuran bulanan.
Sejak awek saya ini (laptop) mengalami masalah connection, wireless dah tak boleh sambung. Ternyata hilang semangat saya untuk membuat design. Walaupun nak buat design, tiada kena-mengena dengan internet. Tiada alasan sebenarnya.
Katakan saja diriku pemalas. Tiada siapa yang kisah.
Habis, apa yang saya buat sepanjang cuti ini? Tiada apa melainkan permainan video dan juga permainan komputer. Ternyata masa terbuang begitu sahaja. Haha.
Komik? Aduh, kemalasan menyerang lantas hanya dua muka surat sahaja yang dapat dihasilkan. Maaf la Kak Adibah, nanti saya siapkan, ya. Huhu..
Nasib baik rumah ini percuma. Tak perlu bayar duit sewa atau pun ansuran bulanan.
Sejak awek saya ini (laptop) mengalami masalah connection, wireless dah tak boleh sambung. Ternyata hilang semangat saya untuk membuat design. Walaupun nak buat design, tiada kena-mengena dengan internet. Tiada alasan sebenarnya.
Katakan saja diriku pemalas. Tiada siapa yang kisah.
Habis, apa yang saya buat sepanjang cuti ini? Tiada apa melainkan permainan video dan juga permainan komputer. Ternyata masa terbuang begitu sahaja. Haha.
Komik? Aduh, kemalasan menyerang lantas hanya dua muka surat sahaja yang dapat dihasilkan. Maaf la Kak Adibah, nanti saya siapkan, ya. Huhu..
Haha.. Tak ada kerja lain dah..
Mereka dah tukar stail mewarna.. Saya bila lagi?
Em, masih dalam pencarian......
Sunday, January 10, 2010 | 6 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)















