Berubah Angin
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Lukisan
Dah lama nak belajar tracing ni. Tapi selalu saja tak jadi. Kemalasan. Trace satu-satu kat garisan muka, badan, lipatan baju dan lain-lain sangat leceh memandangkan saya baru saja belajar.
Tiba-tiba terdetik nak berubah angin bila 'si otai' Adobe Illustrator (Ai), Menoufiaz buat beberapa testi iLuvislam dengan menggunakan teknik trace ini. Contohnya seperti ini, itu dan ini lagi.
Dan setelah satu malam mencuba, maka inilah hasilnya. Tada!
Haha. Kelihatan tua di situ. Kena banyak lagi mencuba. Lepas itu nak warna pula. Warna bukannya warna budak tadika macam sebelum ini. Adeh. Tak habis lagi menjelajah dunia warna, nak berpindah dunia tracing pula. :P
Tak apalah. Belajar perlahan-lahan. Ini pun percubaan. Kalau ada masa nanti nak buat lagi.
Eh! Sedang dalam minggu peperiksaan akhir! Bagaimana boleh buat kerja lain ni? Er, baiklah. Minta diri dulu. Sambung belajar~ Heee.. =)
Tak apalah. Belajar perlahan-lahan. Ini pun percubaan. Kalau ada masa nanti nak buat lagi.
Eh! Sedang dalam minggu peperiksaan akhir! Bagaimana boleh buat kerja lain ni? Er, baiklah. Minta diri dulu. Sambung belajar~ Heee.. =)
Thursday, May 13, 2010 | 8 Comments
Selamat Hari Ibu!
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Design,
iLuvislam.com
Selamat Hari Ibu. Khas buat mak saya, Azizah Bt Abu Kasim. Terima kasih, mak. =) Di atas segala pengorbanan mak. Sayang Mak. Ini yang rasa nak nyanyi lagu Ibu ni. Hehe..
'Selamat hari Ibu,
Ku ucap kepadamu.
Walau ku jauh di sini ku harap kau akan terus menanti kepulanganku,
Untuk menemanimu hingga ke akhir nanti,
Aku janji..'
Lagu Hujan - Selamat hari Ibu.
Dan sempat juga buat testi.

Ditujukan kepada semua ibu-ibu di Malaysia dan dunia. Tak kiralah ibu kandung, ibu tiri, ibu mertua, ibu angkat dan ibu-ibu yang sepatutnya sahaja. Hehe..
p/s: Mak saya baca ke blog saya ini?
Sunday, May 09, 2010 | 0 Comments
Mood Exam!
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Design,
iLuvislam.com,
Lukisan
Selamat Maju Jaya kepada semua sahabat-sahabat yang akan menghadapi peperiksaan akhir. Tak kiralah semester berapa pun. :)
Sebelum periksa, sempat buat dua design untuk testi.iLuvislam.com. Bekalan untuk sebulan ini. Nanti tak sempat kot nak design lagi. Tunggu habis periksa. Hehe..
Ini dia. Ikhlas dariku.. XD
Saturday, May 01, 2010 | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)













