feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




Penghijrahan Berjaya

Labels:

Free Account photobucket saya sudah melebihi had dan mereka suruh saya bertukar kepada Premium Account. Kalau anda perasan, beberapa hari sebelum ini semua imej di dalam blog ini termasuk header blog pun telah ditukarkan kepada lambang photobucket. Sungguh tidak manis dipandang orang. (Saya tidak upload terus daripada komputer ke blogger. Hehe..)

Tetapi sekarang semua sudah menjadi seperti asal. Bagaimana? Adakah saya sudah membeli akaun premium? Hoho. Tiada duit nak beli. Jadi saya buat akaun baru, khas untuk blog ini. Lepas itu, upload satu-satu dari akaun lama. Kemudian, kena edit semula entri-entri yang lama. Betulkan semula link-link yang telah rosak, Dan ia mengambil masa selama 2 hari. Adeh. Leceh sungguh. Tapi apakan daya. Nak percumalah katakan. Hehe.

Dan kini, blog ini telah kembali seperti biasa. Alhamdulillah.. =D


p/s: Kelakar pula rasanya bila edit semula entri-entri lama. Rasa jauh berbeza dengan entri sekarang walaupun baru setahun lebih ber'blogging'. =D

Under Construction

Blog ini dalam usaha memindahkan gambar ke akaun lain.Harap maaf.

Harga Baru Button Badges - Lebih Murah!

Labels:

Harga button badges telah berubah dan menjadi semakin rendah berbanding sebelumnya. Walaupun harga sebelum ini cukup murah, bagi memastikan kepuasan pelanggan di samping khidmat yang yang terbaik diberikan, saya menurunkan lagi harga untuk tempahan button badges.

Berikut ialah harga baru:

Photobucket

Harga sebelum ini:

Photobucket


Bagaimana? Jauh lebih murah berbanding dulu. Apa lagi? Jom tempah button!

>>Nantikan website rasmi Button Badges tidak lama lagi!

Cubaan Menjadi Comel (Comelkah?)

Labels:

Owh, maaf. Bukan saya yang hendak menjadi comel. Jangan salah sangka. Hehe.

Sebenarnya watak lukisan ini yang mengada-ngada mahu menjadi comel. Saya hanya turutkan sahaja. Tapi comelkah? Mereka perasan comel. Padahal tak comel pun.


PhotobucketPhotobucket



Photobucket


Photobucket

Photobucket

Em, tengoklah. Bukan comel pun. Saja-saja nak buat comel.


P/s: Nak lukis watak Q ini, tak boleh dalam keadaan mood yang tidak stabil. Sebab melukisnya memerlukan fikiran yang tenang, mood yang ceria dan juga sentiasa tersenyum. Hee~ = P

Button Badges (Update)

Labels:


Alhamdulillah, semakin banyak tempahan button badges yang saya dapat sejak akhir-akhir ini. InsyaAllah, saya menjadi semakin matang dalam menguruskan perniagaan kecil ini.
Dan insyaAllah juga, saya akan membuka blog khas untuk button badges supaya senang, mudah serta tak bercampur-baur dengan isi blog yang bersepah ini. Hehe.

Dan baru-baru ini, banyak perkara yang berubah termasuk harga barangan keperluan di luar sana yang sedikit sebanyak perniagaan button badges juga terkena tempiasnya.
Oleh itu, saya mahu menjelaskan beberapa perkara supaya sesiapa yang mahu menempah button badges selepas ini jelas dan faham.


  • Berikut ialah senarai harga yang telah diedit. Hanya saiz 55mm (saiz standard) yang ada memandangkan saiz lain kurang mendapat tempahan dan stok tiada.
  • Kos penghantaran telah meningkat berikutan pengumuman yang dibuat oleh Pos Malaysia Berhad yang menaikkan kadar harga Poslaju.

  • Jadi, untuk tempahan bawah 50 biji, tawaran hantaran percuma terpaksa dibatalkan. Kos penghantaran pula meningkat sekali ganda.

  • Jika ingin menempah, pastikan wang pendahuluan dibayar dahulu. Setelah menerima wang pendahuluan, barulah proses membuat button dimulakan.

  • Penghantaran button yang sudah siap adalah COD (Cash on Delivery). Sesudah membuat bayaran penuh, barulah button dihantar kepada pelanggan.



Selepas ini, apa-apa update terkini akan saya umumkan di sini atau blog khas untuk button badges.

Untuk tempahan, sila hubungi saya di thefilsuf[at]gmail[dot]com. (Gantikan '[at]' dengan '@')

Akhir kata dari saya, 'Meh tempah button anda kat sini!' Hehe.

Related Posts with Thumbnails