Pertandingan Reka Tee!
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Design,
Unit Percetakan
-Klik untuk tumbesaran yang lebih cemerlang-
Wah. Terbeliak mata pelajar KTD melihat poster ini. Pertandingan Reka Tee yang dianjurkan oleh Unit Percetakan dari Kelab Penerbitan Kreatif, KTD menjanjikan hadiah yang lumayan. Hoho.
Siapa nak masuk? Jomlah.
Berikut adalah maklumat-maklumat tentang pertandingan:
Tema: KTD Di Hati
Jenis Baju: Kolar Bulat
Tarikh Penyertaan: 17 Oktober - 7 November 2010
Hadiah:
- Pertama - RM 200
- Kedua - RM 100
- Ketiga - Rm 50
- 3 Saguhati - RM 30
Terbuka kepada semua pelajar Kolej Teknologi Darulnaim. Hehe. Yang lain nak masuk, boleh. Tapi tak dapat hadiah. Hehehe.
Monday, October 25, 2010 | 2 Comments
Dariku Buat EA! - Dari EA! BuatKu
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Lukisan
Seperti entri yang lepas, saya ada cakap tentang tawaran akhi Ezzat yang berbunyi, 'U Draw Me, I Draw U Back!'. Saya dah lukis gambar kartun beliau (walau pun tak jadi), maka sebagai balasannya, beliau melukis gambar kartun saya. Maka inilah hasilnya!
Bendera 'I Love Islam' tak tahan tu. Hehe.
Tak henti saya ketawa masa dapat karikatur ini. Haha. Apa-apa pun,terima kasih EA!
P/S: Nak buat jugalah tawaran hebat. Haha..
Saturday, October 16, 2010 | 0 Comments
Owh, tablet. Susahnya kamu!
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Lukisan,
Tablet
Sebenarnya sudah lama saya memiliki tablet ini. Hasil perkongsian dengan kawan khas untuk projek animasi yang kena banyak melukis. Sekali-sekala tu, cuba-cuba jugalah untuk melukis menggunakan tablet. Tablet murah saja. Jenama Genius punya.
Tapi bila mula melukis, saya berasa sangat 'down'. Owh, tidak! Susahnya! Rasa macam budak baru belajar melukis. Tangan terketar-ketar. Lukisan budak tadika. Semua ada. Selepas itu, saya berhenti melukis menggunakan tablet tersebut.
Tak lama kemudian, saya mendapat semangat baru. Junior di kolej saya, Muslimultimedia yang sangat hebat dalam potret, lukisan manga dan juga coloring yang menarik, menggunakan tablet yang sebiji dengan saya. Dia boleh, takkan saya tak boleh! Buat malu je junior lagi hebat dari senior. Maka semangat baru pun muncul dalam diri. Lalu berkumandang lagu 'Ar-Ruhul Jadid' di udara. Tak tahu datang dari mana.
Jenuh juga melukis. Hasilnya, ini saja yang dapat. =(
Banyak lagi kena belajar. Terima kasih kepada Akh Ezzat dan Muslimultimedia kerana memberi saya beberapa tips untuk melukis dan mewarna. InsyaAllah, saya akan menggunakan tips itu dengan sehabis baik. Jagalah korang nanti bila saya dah terer... Hehe..
Friday, October 08, 2010 | 2 Comments
Buatmu, EA!
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Lukisan
Saya singgah di entri Akhi Ezzat minggu lalu. Entri tentang ulangtahun kelahirannya. Lalu terkejut dengan tawaran hebat beliau.
'Draw me, I draw U back!'
Haha.. Sempoi je ayat dia. Dan pada mulanya saya malas menyahut cabaran beliau. Memandangkan projek-projek sudah sampai ke klimaksnya. Tapi tadi tengah penat, tension, berehat sekejap. Teringat pula nak melukis karikatur beliau. Maka, inilah hasilnya. =)
Tiru sikit trademark. TF! di situ. Hehe.. Maaflah, ya. Tak berapa jadi. Hehe.. (Ada slack di situ. Kalau terer, carilah. Haha..
Tuesday, October 05, 2010 | 4 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)













