Salaam Eidul Adha
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Design,
Tazkirah
Mungkin tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua umat Islam di Malaysia dan serata dunia. Bagi yang mengerti pengertiannya pasti melakukan pengorbanan.
Ayuh. Kita tewaskan dan korbankan musuh dalam diri kita sendiri iaitu sifat negatif. Terutamanya MALAS (nak buat design, study. Hehe..). Korbankan anasir-anasir seperti ini agar kita menemui jalan ke puncak kejayaan.
Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah. Jangan sampai terkorban pula. Hehe..
Sempat buat dua testi (satu sebenarnya) untuk Eidul Adha ini.
Versi Statik
Versi Animasi
Salaam Eidul Adha. =)
Thursday, November 18, 2010 | 2 Comments
Program Ziarah Anak Yatim. Selesai!
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Program
Alhamdulillah. Setelah berbulan merancang, akhirnya Allah izinkan.
Program Ziarah Anak Yatim yang berlangsung selama sehari di Rumah Anak Yatim, Darul Aitam, Panji, Pengkalan Chepa, Kelantan berjalan dengan jayanya. Pada 30 Oktober 2010 yang lalu, program yang dianjurkan oleh Al-Mazandary Accounting Student Society (AMASS) dengan kerjasama Kelab Penerbitan Kreatif (KPK) mendapat sambutan dan kerjasama yang baik daripada penghuni-penghuni rumah anak yatim tersebut.
Kami tiba awal sedikit dari rombongan bas. Persepsi pertama masa tengok budak-budak itu, rasa teruja sangat sebab awal-awal lagi mereka dah berkumpul di dewan. Semangat betul. Hehe. Syed Hassan mengisi masa kosong sementara menunggu rombongan tiba dengan sesi taaruf. Masa saya taaruf, senyap je mereka ni. Garangkah saya? Haha.. Dan program terus berjalan dengan lancarnya selepas ketibaan bas rombongan.
Seronok sangat tengok mereka gembira. Rasa puas bila kita dapat menggembirakan orang lagi-lagi kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka. =)
Ini pula slide show untuk program ini. Simple saja videonya. Tapi nak buatnya, MasyaAllah. Banyak kekangan. Bayangkanlah. Guna 5 software (AfterEffect, PremierPro, Vegas, Windows Movie Maker dan Muvee Reveal). Semua tak boleh. Bukan apa. Tak sempat nak render. Akhir sekali, saya mengambil keputusan menggunakan Muvee Reveal. Senang cerita.
Harap dapat buat lagi tahun depan. Penyelia asrama rumah anak yatim tu kata ini pertama kali ada program macam tu. Patutlah gembira saja budak-budak tu. =D
Tuesday, November 02, 2010 | 4 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
























