Salaam Ma'al Hijrah 1432H
Tuesday, December 07, 2010 | 2 Comments
Salaam Eidul Adha
Thursday, November 18, 2010 | 2 Comments
Merdeka? Tak Apalah. =)
Kedua: Kebanyakan orang Malaysia tidak merdeka pada batinnya. Zahir sahaja yang merdeka. Jadi, buat apa mahu kecoh-kecoh yang kita sudah merdeka? Merdekakan hati dulu. Merdekakan jiwa.
Di mata dunia, kita sudah merdeka.
Tapi,
Minda kita, merdekakah?
Jika bayi bersepah di sana - sini?
Minda kita, merdekakah?
Jika nafsu menjajah diri?
Minda kita, merdekakah?
Jika dosa berlori-lori?
Tidak. Kita masih belum lagi merdeka. Merdeka minda, merdeka hati, merdeka jiwa, merdeka diri. Barulah kita merdeka sepenuhnya.
Wednesday, September 01, 2010 | 7 Comments
Owh, Ramadhan!
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak! =) Moga kita tidak melepaskan peluang keemasan ini. Takkan nak tunggu tahun depan. Itu pun kalau masih hidup. =)
Testi sempena Ramadhan yang mulia..
Tuesday, August 10, 2010 | 4 Comments
Keracunan TV
Sekarang bila kita menonton TV, banyak sangat perkara-perkara yang melanggar syariat. Kalau cerita barat tak payah ceritalah. Memang dah terang-terang. Yang dimaksudkan sekarang ialah cerita tempatan iaitu orang kita sendiri.
Cari penawar kepada racun itu. Bagaimana mahu mencari penawar tersebut? Kembalilah pada Islam. Jangan ambil Islam itu suku-suku. Ambillah Islam itu keseluruhannya. Rasulullah Sallahu A'laihi Wasallam bersabda maksudnya:
"Berpeganglah kamu kepada dua perkara nescaya kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu AL QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW"
Wallahu A'alam
Sunday, March 21, 2010 | 2 Comments
Pedihnya Azab Neraka
Sedikit huraian ringkas dari terjemahan ayat di testi.
Sunday, January 24, 2010 | 4 Comments
iLi: Salaam Maal Hijrah 1431H
Thursday, December 17, 2009 | 0 Comments
iLi: Bersatu Teguh, Bercerai Roboh..
Monday, December 14, 2009 | 0 Comments
iLi: Pengorbanan.. Salaam Aidil Adha!
Semoga sihat dan ceria selalu. Apa khabar iman kita hari ini? ^_^
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang mengenali saya...
Marilah kita bersama-sama menyingkap kembali sejarah hebat sempena perayaan hari mulia ini. Ingatkah kita akan sirah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar?
Salah satu pengajaran penting yang kita perlu ambil dan amalkan dari sejarah itu adalah usaha yang berterusan; yang ditujukkan oleh Siti Hajar, ibunya Nabi Ismail. Beliau berlari berulang-alik dari Safa ke Marwah sebagai usaha berterusannya untuk mendapatkan air untuk anaknya yang dikasihi.
Berkat usaha beliau, Allah kurniakan air zamzam yang sehingga kini mengalir, memberi manfaat kepada semua ummah.
Sekali lagi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha; mohon maaf zahir dan batin.
-Dipetik dan diubahsuai daripada kata-kata Presiden iLuvislam.com, Mohd Nurul Imran Bin Koyube
“Oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih…” ( maksud hadith riwayat At-Tarmizi…)
Jadi, selamat berkorban.. :-)
Friday, November 27, 2009 | 2 Comments
Al-Quran : Korang Pandai Baca?
Siapa yang pandai baca Al-Quran angkat tangan..!!
Em, tajuk ni mungkin biasa bagi yang pandai baca. Tapi bagi yang tak, mereka akan terpikir sejenak. Pandai ke aku baca..?
Masa sesi usrah kat KTD atau nama programnye, Pembangunan Sakhsiah Akhlak Terpuji (PESAT), seperti kebiasaan usrah2 yg lain, tadarus Al-Quran dimulakan terlebih dahulu. Setiap orang dikehendaki membaca 3 ayat seorang. Dimulakan oleh naqib, Sir Irwan, bacaan begitu lancar sekali. Selepas itu, giliran ahli2 usrah yang lain. Rupa2nye bila semua orang baca, barulah tahu, ade yang kurang lancar membaca Al-Quran, tak kurang juga ada yang susah untuk mengenal huruf.
Mungkin bagi korang biasa. Tapi tahu tak berapa ramai yang golongan remaja yang tidak pandai membaca Al-Quran? Itu belum masuk orang2 tua lagi.
Ya, sangat sikit orang yang boleh membaca Al-Quran berbanding yang boleh baca.
Mak aku mengajar budak-budak ngaji. Pernah ajar budak yang dah tingkatan 5 yang baru mula nk belajar. Sangat susah sebab lidah dah keras kot.. Ada juga yang belajar sebulan, pastu dah tak datang2 lagi. Tak tau sebab apa. Mungkin malas sebab dah besar baru nak belajar. Budak2 skola elok je belajar sampai habis. Kes ni terjadi gak kat orang tua. Pun sama. Berhenti belajar dalam tempoh yang pendek. Memang dah tak boleh langsung membaca. Tapi yang aku salute adalah semangat diorang utk belajar tu. Biar pun aku yang hanya mendengar diorang membaca, aku dah rasa sesak nafas dan pening sebab baca tak dapat2 walau pun dah berkali2 mak aku ajar.. Apatah lagi mak aku yang mengajar..!!
Tapi yang tak reti2 nak pergi belajar ni, apa cerita..? Korang nak terus hidup dalam kelalaian?
Masa hari terakhir tingkatan 3 aku kat SAMeR dulu, Ustaz Anas ada berpesan kat semua pelajar2 SAMeR.
"Sepanjang cuti 2 bulan ni, jangan tinggalkan Al-Quran.. Kalau Al-Quran ditinggalkan dalam tempoh 3 hari, maka hati kita akan menjadi gelap.."
Baru 3 hari tak baca dah gelap hati. Habis tu yang tak baca langsung? Hitam berkilat kot..!
Aku bukan nak merendahkan orang2 yang tak pandai baca.. Mungkin ada yang cakap, “Ala, ko tu skola agama.. Leh la ckp lebat..!” Ya, aku dari sekolah agama, tapi budak sekolah agama je ke yang kena baca Al-Quran? Allah turunkan Al-Quran tu hanya utk budak sekolahh agama ke?
Tidak sama sekali.. Al-Quran diturunkan utk semua umat manusia.. So, dah jadi tanggungjawab setiap orang utk belajar membaca.. Alhamdulillah.. Kat KTD ni ada kelas tilawah. Pihak KTD akan merekrut semua pelajarnya supaya menjadi generasi Al-Quran.. Masa kelas tilawah mula2, utk trace siapa yang boleh membaca atau tak, diorang buat modul Iqra’ 1-6.. Mungkin bagi aku senang je nak baca.. Tapi yang tak pandai baca sangat susah..
InsyaAllah, kalau diorang2 ni berusaha utk belajar membaca Al-Quran, Allah akan bantu diorang ni..
Maksud hadis Nabi S.A.W, “Telah aku tinggalkan kepadamu 2 pekara, kamu takkan sesat selagi mana kamu berpegang kepada kedua-duanya. Kitab Allah dan sunnah pengajaranku..”
Jadi, kalau Al-Quran pun tak boleh baca, camne nak berpegang kepadanya? Dan kalau tak sesatlah nanti.. Na’uzubillah..
Dan pesanan kepada yang dah pandai membaca tu, Al-Quran bukan sahaja utk dibaca.. Tetapi juga utk difahami maksudnya.. InsyaAllah, aku berpesan kepada diri aku sendiri dan semua orang..
Saturday, August 01, 2009 | 3 Comments
Israk Mi’raj : Di Manakah Rasionalnya?
Monday, July 20, 2009 | 0 Comments


