feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




Akhirnya Boleh Post Comment!!

Assalamualaikum..

Em, aku dah jumpa jalan penyelesaian...
Setelah sekian lama mencari2 puncanya, akhirnya ku ketemu jua..Haha..

Postku sudah boleh di komen..Haha..
Terima kasih kepada yang membantu..Huhu..
So, lepas ni siapa2 yang nak komen bolehlah..

Ke mmg takde org yg nak komen? Huhu.. takpe la..

Em,ok.. Salaam..

Banner Ramadhan

Labels:

Dah lama tak post blog...
Akhirnya, terpost jua..

Em, aku dapat tugasan utk membuat banner bersempena dengan KTD..
Dua banner yang sepatutnya patut didesign..
Tapi oleh  kerana petang tu bagi tahu, dan esoknya pulak nak, aku tak dpt buat yang lagi satu.. Hahaha..
Ni dia..
Photobucket

Tapi dah diubahsuai sedikit atas permintaan HEP..

  • Gambar Tok Guru tu berbaur politik..
  • Format tulisan tak formal..

So, diorang pun ubah la..
Nak buat camne..Haha..
Ikut je la..


Sebenarnya aku tak sengaja ambil gambar Tuk Guru tu.. Sbb aku search 'orang berdoa' kat internet, gambar ni je yang lawa.. So, aku ambil la.. haha..

Al-Wahy : Search Engine Islam yang Pertama

Labels:

Korang sering bertanya masalah kepada Encik Google..? Encik Yahoo ke..atau sesiapa la..
Aku adalah pengguna Google gak..
Diorang akan keluarkan semua link bahan2 yang korang perlukan…
Tapi korang pasti keyword yang ditaip memberi anda jawapan yang korang mahukan..?

Google adalah buatan Yahudi dan bukan senang2 jer diorang nak tolong umat Islam..

Tahu tak setiap komputer ada IP adress tersendiri..?
Bila kita search kat google, IP adress kita akan didaftarkn di database Google..
So, diorang akan tahu kita ni dari mana, apa yang kita selalu search kat google..
Dan database juga dapat mengenalpasti kita ni agama ape..

Jadi bila diorang tahu kita ni beragama Islam, maka sebenarnya bukan semua benda yang akan mereka bagi.. Bukan 100% link yang akan diorang keluarkan.. Diorang akan tapis atau sekat beberapa link2 yang penting untuk umat Islam tahu dan keluarkan link2 yang kadang2 boleh mengelirukan kita.. Tapi kita tak perasan sebab tak banyak sangat yang diorang tapis/sekat.. Tapi bilangannya akan meningkat dalam jangka masa panjang..

Tapi jangan risau.. Akhirnya, masalah ini bakal berakhir.. Alhamdulillah..

Sekarang dah ada enjin carian Islam yang pertama, Al-Wahy. ( www.alwahy.com )
Al-Wahy juga ada email sendiri..

Al-Wahy takde la lama sangat.. So, kita kenalah support supaya Al-Wahy dapat membangun..
Kalau boleh Al-Wahy menjadi persaingan kepada Google, Yahoo dan sebagainya..
Aku pun terbiasa gune Google.. Haha..

Photobucket


Interface Al-Wahy..

Al-Irsyad™ Dalam Bentuk PDF

Labels:

Walapupun Al-Irsyad™ dah siap dan diedarkan di SAMeR bulan lepas, tapi masa utk convert ke PDF juga mengambil masa sebulan.. Haha..

Begitulah kemalasan yang melanda disamping kerja2 dan juga aktiviti kolej yang padat..
Biasa la.. 'Junior'.. Haha..

Ok, bawah ni ade link utk Majalah Al-Irsyad™.. Siapa2 nak download dipersilakan.. Percuma je.. Kalau nak dapatkan versi buku, boleh la dapatkan kat SAMeR.. Mintak AJK BADAR buat copy..


Photobucket


Klik di bawah ni untuk download..!!

Majalah Al-Irsyad™ Isu 04 download


Kalau ada sesiapa yang download tp takleh bukak majalah tu (corrupted atau damaged), download lagi sekali..InsyaAllah, boleh..

Selamat membaca..!!

Lukisan Muslimah Tudung Labuh

Labels:


Ya, aku suka melukis wanita yang bertudung labuh.. Dan ini antara hasil2 lukisan yang sempat aku warnakan.. Amat tak menarik.. Freshie cakap senang je.. Tapi bagi aku susah.. Tak taw sebab ape.. Mungkin jarang berlatih kot.. Huhu.. Ok, aku letak 2 ni dulu..
Photobucket


Dan ini..

Photobucket


Lukisan lelaki insyaAllah,akan menyusul.. Tapi tak taw la bila..
Yang ni pun ambil mase berkurun nak warna.. Haha..

Dan kepada sesiapa nak guna lukisan ini, boleh. Janji bukan utk benda2 tak elok..


Al-Quran : Korang Pandai Baca?

Labels:

Photobucket


Siapa yang pandai baca Al-Quran angkat tangan..!!

Em, tajuk ni mungkin biasa bagi yang pandai baca. Tapi bagi yang tak, mereka akan terpikir sejenak. Pandai ke aku baca..?

Masa sesi usrah kat KTD atau nama programnye, Pembangunan Sakhsiah Akhlak Terpuji (PESAT), seperti kebiasaan usrah2 yg lain, tadarus Al-Quran dimulakan terlebih dahulu. Setiap orang dikehendaki membaca 3 ayat seorang. Dimulakan oleh naqib, Sir Irwan, bacaan begitu lancar sekali. Selepas itu, giliran ahli2 usrah yang lain. Rupa2nye bila semua orang baca, barulah tahu, ade yang kurang lancar membaca Al-Quran, tak kurang juga ada yang susah untuk mengenal huruf.

Mungkin bagi korang biasa. Tapi tahu tak berapa ramai yang golongan remaja yang tidak pandai membaca Al-Quran? Itu belum masuk orang2 tua lagi.

Ya, sangat sikit orang yang boleh membaca Al-Quran berbanding yang boleh baca.

Mak aku mengajar budak-budak ngaji. Pernah ajar budak yang dah tingkatan 5 yang baru mula nk belajar. Sangat susah sebab lidah dah keras kot.. Ada juga yang belajar sebulan, pastu dah tak datang2 lagi. Tak tau sebab apa. Mungkin malas sebab dah besar baru nak belajar. Budak2 skola elok je belajar sampai habis. Kes ni terjadi gak kat orang tua. Pun sama. Berhenti belajar dalam tempoh yang pendek. Memang dah tak boleh langsung membaca. Tapi yang aku salute adalah semangat diorang utk belajar tu. Biar pun aku yang hanya mendengar diorang membaca, aku dah rasa sesak nafas dan pening sebab baca tak dapat2 walau pun dah berkali2 mak aku ajar.. Apatah lagi mak aku yang mengajar..!!

Tapi yang tak reti2 nak pergi belajar ni, apa cerita..? Korang nak terus hidup dalam kelalaian?
Masa hari terakhir tingkatan 3 aku kat SAMeR dulu, Ustaz Anas ada berpesan kat semua pelajar2 SAMeR.

"Sepanjang cuti 2 bulan ni, jangan tinggalkan Al-Quran.. Kalau Al-Quran ditinggalkan dalam tempoh 3 hari, maka hati kita akan menjadi gelap.."

Baru 3 hari tak baca dah gelap hati. Habis tu yang tak baca langsung? Hitam berkilat kot..!

Aku bukan nak merendahkan orang2 yang tak pandai baca.. Mungkin ada yang cakap, “Ala, ko tu skola agama.. Leh la ckp lebat..!” Ya, aku dari sekolah agama, tapi budak sekolah agama je ke yang kena baca Al-Quran? Allah turunkan Al-Quran tu hanya utk budak sekolahh agama ke?

Tidak sama sekali.. Al-Quran diturunkan utk semua umat manusia.. So, dah jadi tanggungjawab setiap orang utk belajar membaca.. Alhamdulillah.. Kat KTD ni ada kelas tilawah. Pihak KTD akan merekrut semua pelajarnya supaya menjadi generasi Al-Quran.. Masa kelas tilawah mula2, utk trace siapa yang boleh membaca atau tak, diorang buat modul Iqra’ 1-6.. Mungkin bagi aku senang je nak baca.. Tapi yang tak pandai baca sangat susah..

InsyaAllah, kalau diorang2 ni berusaha utk belajar membaca Al-Quran, Allah akan bantu diorang ni..

Maksud hadis Nabi S.A.W, “Telah aku tinggalkan kepadamu 2 pekara, kamu takkan sesat selagi mana kamu berpegang kepada kedua-duanya. Kitab Allah dan sunnah pengajaranku..”
Jadi, kalau Al-Quran pun tak boleh baca, camne nak berpegang kepadanya? Dan kalau tak sesatlah nanti.. Na’uzubillah..

Dan pesanan kepada yang dah pandai membaca tu, Al-Quran bukan sahaja utk dibaca.. Tetapi juga utk difahami maksudnya.. InsyaAllah, aku berpesan kepada diri aku sendiri dan semua orang..

Related Posts with Thumbnails