feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




Booth Unit Percetakan Dibuka Akhirnya

Labels:



Photobucket


Alhamdulillah.
Setelah sekian lama merancang, akhirnya booth jualan dari Unit Percetakan kami dibuka semalam. Walaupun tiada kelengkapan, produk tayangan tidak mencukupi, booth tetap dibuka. Kain bunting pun belum siap. Tapi Ketua Unit, Abdul Qayyim Miswan, dengan muka tak bersalahnya, beri tahu supaya dibuka sahaja booth. Sekadar memberitahu pada mereka yang kita ada perkhidmatan ini.

Sungguh pun bersahaja, booth kami tetap dikunjungi. Ramai juga yang bertanyakan tentang unit ini. Sampai sekarang tekak masih terasa sakit dek mempromosi Unit Percetakan kami. Penat rupanya kerja promoter. Hehe. Tapi kami bukan mahu menjual baju. Ada yang menyindir, mengatakan kalau beginilah cara kami menjual, alamatnya gulung tikarlah jawabnya.

Masalahnya, kami bukan menjual baju. Tetapi kami mengambil tempahan dan membuat baju tersebut. Kalau kami dengan semangatnya mempromosi dan mendapat ramai pelanggan, sekaligus tempahan yang banyak, tak terbuatlah baju itu nanti. Semalam pun dah dapat 3 tempahan dan melebihi 100 helai. Tender baju palestin dan asrama kolej pun dah beratus. Mahu dalam masa beberapa minggu. Tak ke berat? Dengan jadual yang begitu padat. Hanya hujung minggu masa yang terluang untuk membuat baju tersebut. Hai, fikirlah sikit sebelum mengkritik orang.

Em, inilah gambar booth kami yang sangat dhaif. Hehe. Tak nampak macam booth pun. Hehe.

Photobucket>

Photobucket


Photobucket


Er, muka saya sengaja di'blur'kan atas sebab-sebab tertentu. Tidak mahu kejadian lama berulang. Hehe.

p/s: Ditemurah oleh wakil Sinar Harian semalam. Tapi tak tahulah dapat masuk ke tak. Saya mengelak untuk ditemurah. Alasan saya dari dulu lagi, ‘Tak Nak Muka Masuk Paper’. Haha. (Ish, dah dua kali terlepas peluang muka masuk akhbar. Haha.)


11 Mengkritik:
gravatar
Sweet_Purple said...
February 1, 2010 at 8:25 PM  

Hanya yg ensem shj yg suka blur2kan muka ni...hikhik :-p

p/s: sori..akak gegurau aje..hehe

gravatar
Thahar said...
February 1, 2010 at 10:44 PM  

Haha. Kak, saya taklah kacak, hensem sikit-sikit saja. Haha. Tak adalah.

Memang nak upload gambar ini untuk kawan-kawan. Tapi ada muka saya. Jadi saya tak mahulah muka ada sama. Adalah alasan-alasan yang kukuh. Huhu.

gravatar
Sweet_Purple said...
February 2, 2010 at 12:53 AM  

Tak mahu anak2 dara diluar sana ...menjerit2 tergoda melihat adik kan...hahaha sgt kukuh ye alasan ini...hahaha

gravatar
Thahar said...
February 2, 2010 at 7:27 AM  

Owh, tidak kukuh alasan itu sebenarnya. Alasan ditolak. Haha.

gravatar
FRESHIE said...
February 4, 2010 at 8:58 AM  

biasanya censored2 ni dilakukan kerana ade unsur yg disebut SG atau SX. mungkin salah satu.

gravatar
Thahar said...
February 4, 2010 at 10:09 AM  

Haha. Lebih kuranglah Freshie. Tapi yang lepas, lepaslah. Usah diserabutkan lagi kepala. Hehe.

gravatar
Sweet_Purple said...
February 4, 2010 at 11:23 PM  

Waaaa...waaaa..waaaa SG & SX ...perghh melopong akak ...hehe :-p~~

gravatar
Thahar said...
February 5, 2010 at 12:28 AM  

Tutup mulut, Kak. Lalat nak masuk tu. Haha.

gravatar
Sweet_Purple said...
February 5, 2010 at 12:31 AM  

Adik...akak dpt keje tu..tapi kan...huhu ati gue ni lembut cam agar2 ...kesiankan org lain sgt2...camne ni ya Allah...

gravatar
mencari ketengan.. said...
February 7, 2010 at 2:38 AM  

hahahhaha..yg sensored asal...haiz....

gravatar
Thahar said...
February 7, 2010 at 7:25 AM  

Sebab orang-orang macam kaulah aku censored. Haha.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails