feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




Button Badges (Update)

Labels:


Alhamdulillah, semakin banyak tempahan button badges yang saya dapat sejak akhir-akhir ini. InsyaAllah, saya menjadi semakin matang dalam menguruskan perniagaan kecil ini.
Dan insyaAllah juga, saya akan membuka blog khas untuk button badges supaya senang, mudah serta tak bercampur-baur dengan isi blog yang bersepah ini. Hehe.

Dan baru-baru ini, banyak perkara yang berubah termasuk harga barangan keperluan di luar sana yang sedikit sebanyak perniagaan button badges juga terkena tempiasnya.
Oleh itu, saya mahu menjelaskan beberapa perkara supaya sesiapa yang mahu menempah button badges selepas ini jelas dan faham.


  • Berikut ialah senarai harga yang telah diedit. Hanya saiz 55mm (saiz standard) yang ada memandangkan saiz lain kurang mendapat tempahan dan stok tiada.
  • Kos penghantaran telah meningkat berikutan pengumuman yang dibuat oleh Pos Malaysia Berhad yang menaikkan kadar harga Poslaju.

  • Jadi, untuk tempahan bawah 50 biji, tawaran hantaran percuma terpaksa dibatalkan. Kos penghantaran pula meningkat sekali ganda.

  • Jika ingin menempah, pastikan wang pendahuluan dibayar dahulu. Setelah menerima wang pendahuluan, barulah proses membuat button dimulakan.

  • Penghantaran button yang sudah siap adalah COD (Cash on Delivery). Sesudah membuat bayaran penuh, barulah button dihantar kepada pelanggan.



Selepas ini, apa-apa update terkini akan saya umumkan di sini atau blog khas untuk button badges.

Untuk tempahan, sila hubungi saya di thefilsuf[at]gmail[dot]com. (Gantikan '[at]' dengan '@')

Akhir kata dari saya, 'Meh tempah button anda kat sini!' Hehe.

0 Mengkritik:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails