Pergi Tak Kembali
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap
Mula-mula sampai di rumah masa cuti hari itu, terkejut tengok dia jalan terjengket-jengket. Bila ditanya kepada mak, kemungkinan dia dipukul oleh orang. Kasihan sungguh. Muka tidak bermaya. Tapi kadang-kadang dia cuba untuk menyembunyikan rasa sakit itu. Namun, saya tahu. Sebenarnya dia sangat menderita.
Sepanjang cuti dua bulan setengah itulah saya menjaga dia. Nak hantar hospital, tiada duit. Kakinya yang sakit itu, saya sapu minyak gamat. Urut-urut perlahan. Takut nak urut kuat-kuat. Kakinya seakan-akan patah apabila dia langsung tidak boleh menampung badannya. Terpaksa mengensot untuk bergerak. Sungguh menyayat hati!
Lama-kelamaan, kakinya semakin sembuh. Dia mula berjalan. Dan yang peliknya, dia semakin manja dengan saya. Setiap masa mahu diribakan. Tak kira bila masa, mesti dia diriba saya. Mungkin dia terhutang budi kepada saya kerana menjaga dia sehingga sembuh.
2 minggu sebelum saya balik ke Kelantan, dia mula sakit. Sakit kakinya dulu datang kembali. Dia hanya luangkan masa keseorangan. Kadang-kadang, dia berjengket ke arah saya. Mahu diribakan.
Tibalah waktu saya kembali ke Kelantan. Sebelum saya menaiki kereta, saya mendakap dia. Peluk, cium dia. Sambil berpesan, supaya menjaga diri. Tengok-tengokkan ibunya yang sedang sakit kerana ketumbuhan. Sangat sedih ketika itu. Seakan saya tidak akan bertemu dengannya lagi. Selepas dipanggil mak, barulah saya melepaskan dakapan kami.
Dan pagi tadi, mak menelefon saya dari rumah. Saya sangkakan, mahu bertanya khabar, rupa-rupanya mak menyampaikan berita yang sangat menyedihkan.
"Pok. Tompok dah takde. Dia dah mati!"
Saya sangat terkejut. Tanpa disedari, air mata jatuh mengalir perlahan. Terimbas kenangan bersamanya selama 2 tahun. Gelak tawa, riang duka. Sehinggalah dia sakit hari itu, tiada lagi gurauan daripadanya. Tompok. Kucing kesayangan saya telah meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Mati kerana sakit tidak boleh bergerak. Dia mati di bawah meja. Menahan kesakitan. Tanpa teman.
-Selalu kacau saya buat design-
-Aktif sebelum dia sakit-
-Pose macho-
Ini gambarnya ketika muda. Hehe. Tahun lepas. Bulan 5 2009. Tiada gambar terkini. Tak jumpa dalam simpanan.
P/S: Memang sangat sedih. Entri ini khas untuk Pok. =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
August 2, 2010 at 12:41 PM
weh..aku pun ikut sedey gak ngan entri ko ni..
takziah atas kematian kucing kesayangan ko tu..(aku pun pernah melalui pengalaman yg sama..isk3..sedey plak tetiba ;((
tapi xpe tahar,kat ktd ni banyak lagi kucing2 terbiar..xpe,ko amek je aku bagi..tapi jaga elok2 ye..jgn sampai mati..hu2 :))
August 2, 2010 at 1:16 PM
Tak payah. Umah sewa ni je dah ada 2 ekor. Haha. Boleh la mengubat kerinduan.. Hehe..
August 2, 2010 at 6:43 PM
hehe..bagus la kalo macam tu..jaga baek2 kucing2 tu,bg makan banyak2..jgn sampai mati..hehe :))
August 3, 2010 at 8:15 AM
Kalo mati pun kucing ni, bkan sbb x ckup mkn laa.. Haha.. Makan byk kucing2 ni.. Hehe..
Post a Comment