feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




Owh, tablet. Susahnya kamu!

Labels: , ,

Sebenarnya sudah lama saya memiliki tablet ini. Hasil perkongsian dengan kawan khas untuk projek animasi yang kena banyak melukis. Sekali-sekala tu, cuba-cuba jugalah untuk melukis menggunakan tablet. Tablet murah saja. Jenama Genius punya.


Tapi bila mula melukis, saya berasa sangat 'down'. Owh, tidak! Susahnya! Rasa macam budak baru belajar melukis. Tangan terketar-ketar. Lukisan budak tadika. Semua ada. Selepas itu, saya berhenti melukis menggunakan tablet tersebut.

Tak lama kemudian, saya mendapat semangat baru. Junior di kolej saya, Muslimultimedia yang sangat hebat dalam potret, lukisan manga dan juga coloring yang menarik, menggunakan tablet yang sebiji dengan saya. Dia boleh, takkan saya tak boleh! Buat malu je junior lagi hebat dari senior. Maka semangat baru pun muncul dalam diri. Lalu berkumandang lagu 'Ar-Ruhul Jadid' di udara. Tak tahu datang dari mana.

Jenuh juga melukis. Hasilnya, ini saja yang dapat. =(


 
Banyak lagi kena belajar. Terima kasih kepada Akh Ezzat dan Muslimultimedia kerana memberi saya beberapa tips untuk melukis dan mewarna. InsyaAllah, saya akan menggunakan tips itu dengan sehabis baik. Jagalah korang nanti bila saya dah terer... Hehe..

2 Mengkritik:
gravatar
ezzat said...
October 9, 2010 at 12:36 PM  

ok dah ni. saya memang xreti langsung lukis pakai tablet. biasenye saya lukis pakai pen, scan, then baru kaler pakai tablet.

anyway, ok x tutorial yg saya share tu?
ada banyak je lagi kat deviantart tapi en thahar kene rajin cari gitu.
huhu...

kalu en.thahar ada je kat KL boleh je kite berjumpe and share2 sket teknik gune tablet :-)

gravatar
Thahar said...
October 9, 2010 at 12:52 PM  

Hehe.. Saya nak mula dari melukis dulu. Baru mewarna.

Tutorial tu dahsyat.. Hehe.. Banyak betul teknik -teknik yang best. Nanti dah habis projek, saya explore. Hehe..

Saya di Kelantan.. =(
Bulan 12 nanti kot baru balik Selangor tercinta.. =P

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails