Design (Akhirnya)
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Design,
iLuvislam.com
Sudah lama tidak mendesign. Kemalasan melanda kembali. Dah tumpul. Kena asah balik. Jadi cuba untuk luangkan masa design Testi iLuvislam. Godek punya godek punya godek, jumpa satu efek glass di internet. Alamak, untuk dijual. Adeh, kedekut betul. Huhu. Jadi saya cuba untuk meniru efek glass tersebut.
Malangnya, tidak dapat seperti yang diinginkan. Jauh benar dari yang asal. Maka terjadilah efek glass versi Thahar. Har.. Har.. Har...
Banyak betul dugaan masa buat design ini. Laptop yang ketiadaan bateri seringkali diuji taat setianya. Dengan didalangi oleh sahabat-sahabat, mereka acap kali menanggalkan plug laptop tanpa menyedari kehadiran laptopku di situ. Sudahlah tidak save.
Owh, kejamnya. Saya terpaksa mendesign beberapa kali. Kata mereka, "Takpe. Nanti kau lagi cekap guna Photoshop." Saya hanya mengiyakan tanda bersetuju tetapi tangisan di hati tiada siapa yang tahu..
Owh, kejamnya. Saya terpaksa mendesign beberapa kali. Kata mereka, "Takpe. Nanti kau lagi cekap guna Photoshop." Saya hanya mengiyakan tanda bersetuju tetapi tangisan di hati tiada siapa yang tahu..
Dan akhirnya, selesai juga mendesign setelah berbagai rintangan melanda. Alhamdulillah..
Ini design untuk testi dan juga wallpaper.
Ada tambah sedikit animasi di situ. Tak cantik sangat. Tapi suka juga. Tak kisahlah. Haha..
Klik sini untuk mendapatkan kod.
Untuk versi wallpaper, di sini.
p/s: Sangat pelik dengan ayat-ayat di entri ini. Mengapakah?
Wednesday, April 28, 2010 | 6 Comments
Projek Komik Yang Tergendala
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Lukisan
Saya mahu menghasilkan komik. Maka saya pun mula melukis. Tetapi, mengapa susah sangat untuk saya menghabiskannya? Cuma beberapa peratus yang siap. Adakah saya:-
- Tidak pandai melukis
- Malas
- Kekeringan idea
- Tiada semangat
Jawapannya, semua di atas. Haha.
Em, tak tahulah. Mengapa susah sangat nak habiskan satu komik. Kalau sikit boleh tahan lagi. Masalahnya hampir kesemua komik dilukis separuh tak siap. Hehe. Sampaikan komik untuk majalah bulanan sekolah dahulu pun tergantung ceritanya dek kerana tak sempat siapkan penamatnya. Kamu juga seperti sayakah?
Ini karya saya yang tak siap. Zaman dahulu kala. Heh, rasa macam dah tua pula.
Em, ini komik jiwang sebenarnya. Tapi sarat dengan pesanan. Malangnya, tak sempat dihabiskan,
Em, ini komik jiwang sebenarnya. Tapi sarat dengan pesanan. Malangnya, tak sempat dihabiskan,

Dan, ia berakhir tanpa penamat. Hehe.
Yang ini pula, saya mencuba komik aksi. Namun, hanya dua muka surat sahaja mampu dihasilkan. :P


Dan juga terhenti......
Ada lagi beberapa komik yang tergendala. Tetapi tertinggal di kampung halaman. Tak boleh nak imbas masuk ke sini.
Akhir kata dari saya, bagaimana mahu menghabiskan komik??
Sunday, April 18, 2010 | 12 Comments
Shoutul Harakah di KTD
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap
Rasanya tidak terlambat untuk saya meng'update' tentang ini. Walaupun rasa-rasanya sudah terlambat, tetapi saya harap dapat berkongsi dengan semua.
Pada 27 dan 28 Mac 2010 yang lalu, Kolej Teknologi Darul Naim, (KTD) telah mengadakan Majlis Konvokesyen dan juga Hari Terbuka KTD. Banyak acara-acara menarik yang telah dijalankan. Saya juga tak terkecuali daripada kesibukan tersebut dengan membuka booth Unit Percetakan di bawah nama Kelab Penerbitan. Saya membuat demo pembikinan button badges dan Alhamdulillah, hari tersebut terdapat ramai pelanggan yang menempah button individu.
Dan acara kemuncak ialah Konsert Malam Amal Untukmu Palestin. Dijalankan untuk mengutip dana tabung Palestin melalui HALUAN PALESTIN. Artis-artis yang dijemput pada malam itu ialah Muadz dan Hafiz serta artis nasyid nombor satu Indonesia, Shoutul Harakah.
Konsert dimulakan dengan persembahan kumpulan dikir barat KTD. Seterusnya Muadz dan Hafiz bergandingan menyampaikan beberapa lagu antaranya, Ansar dan Muhajirin, Kasih Antara Dua jari, Stand Up dan beberapa lagu yang lain.
Dan persembahan yang ditunggu-tunggu ialah dari Shoutul Harakah. Meskipun tidak semua ahli kumpulan yang hadir, namun Medan At-Thaqafi tetap bergegar dengan alunan nasyid semangat mereka. Antara lagu-lagu yang dibawa mereka ialah, Gelombang Keadilan, Merah Saga, Palestina Tercinta, Bingkai Kehidupan, dan lain-lain.
Saya mempunyai pelanggan di booth yang menempah button peribadi. Tapi dek kerana tidak tahan, saya juga turut serta melompat bersama-sama sahabat-sahabat di hadapan. Selang 1 lagu, kembali pada booth, design, print dan punch button, kemudian pergi melompat semula. Fuh! Penat! Tapi puas hati. Bukan senang nak turut serta dalam konsert Shoutul Harakah. Hehe.
Ini ada sedikit gambar untuk dikongsi bersama. : D
- Muadz dan Hafiz membuat persembahan-
-Shoutul Harakah-
-Tetamu muslimin yang hadir-
-Sangat sesak. Saya di booth belakang. Nampak tak? Haha-
-Gambar kenangan di KTD-
Habis saja konsert, kemas booth, balik asrama, tidur.......
Sungguh penat.Bak kata salah seorang ahli Shoutul Harakah, 'Hanya peluh keringat yang dapat kita titikkan. Kita tidak mampu lagi untuk menitikkan darah berjihad di Palestin".
Ditambah dengan dua hari kerja keras. Alhamdulillah, untung yang dapat sangat memuaskan. Bagi seorang pelajar, jumlahnya sangat banyak. Hehe.
Akhir kata dari saya, Siapa Nak Tempah Button?! Hehe.
Thursday, April 01, 2010 | 13 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)



























