feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




Shoutul Harakah di KTD

Labels:

Rasanya tidak terlambat untuk saya meng'update' tentang ini. Walaupun rasa-rasanya sudah terlambat, tetapi saya harap dapat berkongsi dengan semua.

Pada 27 dan 28 Mac 2010 yang lalu, Kolej Teknologi Darul Naim, (KTD) telah mengadakan Majlis Konvokesyen dan juga Hari Terbuka KTD. Banyak acara-acara menarik yang telah dijalankan. Saya juga tak terkecuali daripada kesibukan tersebut dengan membuka booth Unit Percetakan di bawah nama Kelab Penerbitan. Saya membuat demo pembikinan button badges dan Alhamdulillah, hari tersebut terdapat ramai pelanggan yang menempah button individu.

Dan acara kemuncak ialah Konsert Malam Amal Untukmu Palestin. Dijalankan untuk mengutip dana tabung Palestin melalui HALUAN PALESTIN. Artis-artis yang dijemput pada malam itu ialah Muadz dan Hafiz serta artis nasyid nombor satu Indonesia, Shoutul Harakah.

Konsert dimulakan dengan persembahan kumpulan dikir barat KTD. Seterusnya Muadz dan Hafiz bergandingan menyampaikan beberapa lagu antaranya, Ansar dan Muhajirin, Kasih Antara Dua jari, Stand Up dan beberapa lagu yang lain.

Dan persembahan yang ditunggu-tunggu ialah dari Shoutul Harakah. Meskipun tidak semua ahli kumpulan yang hadir, namun Medan At-Thaqafi tetap bergegar dengan alunan nasyid semangat mereka. Antara lagu-lagu yang dibawa mereka ialah, Gelombang Keadilan, Merah Saga, Palestina Tercinta, Bingkai Kehidupan, dan lain-lain.

Saya mempunyai pelanggan di booth yang menempah button peribadi. Tapi dek kerana tidak tahan, saya juga turut serta melompat bersama-sama sahabat-sahabat di hadapan. Selang 1 lagu, kembali pada booth, design, print dan punch button, kemudian pergi melompat semula. Fuh! Penat! Tapi puas hati. Bukan senang nak turut serta dalam konsert Shoutul Harakah. Hehe.

Ini ada sedikit gambar untuk dikongsi bersama. : D



Photobucket
-  Muadz dan Hafiz membuat persembahan-


Photobucket
-Shoutul Harakah-


Photobucket
-Tetamu muslimin yang hadir-


Photobucket
-Sangat sesak. Saya di booth belakang. Nampak tak? Haha-

Photobucket
-Gambar kenangan di KTD-


Habis saja konsert, kemas booth, balik asrama, tidur.......

Sungguh penat.Bak kata salah seorang ahli Shoutul Harakah, 'Hanya peluh keringat yang dapat kita titikkan. Kita tidak mampu lagi untuk menitikkan darah berjihad di Palestin".

Ditambah dengan dua hari kerja keras. Alhamdulillah, untung yang dapat sangat memuaskan. Bagi seorang pelajar, jumlahnya sangat banyak. Hehe.

Akhir kata dari saya, Siapa Nak Tempah Button?! Hehe.


13 Mengkritik:
gravatar
Ana Aisyah said...
April 3, 2010 at 12:54 AM  

best2...

semua assignment dah siap ke?

huhu~

gravatar
Thahar said...
April 3, 2010 at 1:29 AM  

Hehe. Jangan ditanya soalan tersebut. Mestilah dah siap. Hehe.
Eh, ye ke? Jap, ingat balik. Huhu.

gravatar
Sweet_Purple said...
April 3, 2010 at 11:34 PM  

Sape nak order button?? Akak ..akak ...hehe buat mcm style islam ...version button lak ek..hehe

gravatar
Thahar said...
April 4, 2010 at 12:34 AM  

Boleh je. Nanti saya poskan ke rumah kakak. Tapi tunggu saya selesai kerja-kerja sayalah. Hehe..

gravatar
1234 said...
April 4, 2010 at 7:19 PM  

wah wah, mentang2 dah jd jutawan . boleh belanja aku ni ! haha .

gravatar
Thahar said...
April 5, 2010 at 12:32 AM  

Belanja ko button boleh lah. Haha..

Datang kelantan ni.. Aku belanja.. Nasi kerabu... Huhu..

gravatar
1234 said...
April 5, 2010 at 5:58 PM  

wohh , nak nak nak ! kau hensem ah hari ni, blanja aku lebih2 lagi tak boleh ke ? haha .

gravatar
arekymz said...
April 12, 2010 at 12:09 AM  

wah..
meriah gle..
mesti semangat gle an..
asgmnt2..
=.="

gravatar
Thahar said...
April 12, 2010 at 12:33 AM  

jojie> Pujian yang terlalu ketara tidak akan dilayan.. Huhu..

>akim: Yup. Meriah salah satu faktor yang membuatkan semangat. Hehe..

Erk, assignment? Huhu..

gravatar
Faarihin said...
April 12, 2010 at 11:06 PM  

wah.. mest seronokkan.. (^__^)

gravatar
Thahar said...
April 12, 2010 at 11:24 PM  

Semestinya.. Huhu..
Eh, kat Masjid Wilayah pun Shoutul Harakah datang. Tak join? Mesti lagi best kat sana.. Huhu..

gravatar
ezzat said...
April 13, 2010 at 7:34 AM  

hari tu saya gi konsert Lifeline 4 Gaza kat masjid wilayah
muadz, shoutul harakah dgn daie dtg
pergh, memang terbaek ar, masyuk~~
ngeh2

gravatar
Thahar said...
April 13, 2010 at 10:30 AM  

Itu la pasal.. Kat Kolej saya pun dah masyuk.. Lagilah majlis utama kt k.l. Huhu..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails