feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




Lagi Pergi Tak Kembali

Labels:

Rasanya, baru sahaja entri saya pasal anak kucing yang mati hari itu. Pukul 10 malam tadi, tiba-tiba mak telefon. Ingatkan nak tanya pasal urusan kolej atau pun tanya khabar. Hehe. Rupa-rupanya nak sampaikan berita. Berita sedih.


"Mot (Si Comot) dah mati. Ketumbuhan dia pecah. Berulat. Darah menitik-nitik. Bau busuk."


Ya Allah. Baru 21 hari lepas Pok mati (Entri ini). Kali ini ibu dia pula. Tersentak seketika. Tiba-tiba kenangan indah dan memori selama 12 tahun terimbau. Dari saya darjah 3 (kalau tak silap) Mot dah wujud dalam hidup kami sekeluarga.


Mot paling rapat dengan saya. Masa kecik, bila baru bangun tidur, dia mesti datang dan jilat-jilat. Manja sangat. Dari kecil sampailah ke besar. Cuma baru-baru ini dalam setahun dua ini, dia dah mula tak aktif. Dah tua. Kadang-kadang nyanyuk.


Sebelum balik hari itu, lepas pesan kepada Pok supaya jaga mak dia, Mot pun saya peluk. Suruh dia jaga kesihatan. Tapi apakan daya. Ajal dia dah sampai. 12 tahun mungkin terlalu lama bagi riwayat seekor kucing.


Dan malangnya, tiada satu waris pun yang tinggal dari keturunan Mot. Maka, berakhirlah salasilah keluarga Mot.

Untuk pengetahuan anda, Mot adalah Presiden Persatuan Penduduk Kucing Setempat (PPKS) di taman perumahan saya. Hehe. Pernah satu ketika, dia duduk di halaman rumah. Banyak kucing-kucing duduk di sekitar depan rumah saya. Macam ada mesyuarat agung pula. Haha.


-Owh, tuanya-

-Badan pun dah bongkok-

-Muka kucing otai-

-Saat dengan anak tersayang, Pok-

-Hero menang dulu-

-Hero kalah kemudian. Hehe-

-Keluarga bahagia-

-Pok berlagak manja. Huh, berlagak betul!-

-Samseng muka jambu. Haha!-


P/S: Panjangnya entri ini. Sebab gambar-gambarlah ni. Hehe..

Owh, Ramadhan!

Labels: ,

Seringkali kita biarkan Ramadhan datang tanpa dirai. Tetapi bila ia pergi, mengapa harus diratapi?


Setiap tahun, bahkan ketika saya kecil pun, perkara ini masih tetap tidak berubah. Mungkin pada masa itu, saya tidak peka atau tidak ambil tahu tentang ini. Tapi, bila dah meningkat dewasa ini, saya semakin terfikir. Terfikir tentang perkara ini.

Beberapa minggu atau paling kurang beberapa hari sebelum Ramadhan, saya yakin kalian mesti sudah ternampak papan tanda, banting, dan sebagainya terutama di pusat membeli-belah yang memaparkan mesej hari raya. Walau pun belum masuk 1 Ramadhan lagi, promosi raya sudah giat berjalan.

Pelik. Eidul Fitri adalah hari untuk umat Islam meraikan kemenangan setelah sebulan melaksanakan perintah Allah iaitu berpuasa. Tetapi, belum lagi berpuasa sudah meraikan kemenangan? Fikir-fikirkanlah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak! =) Moga kita tidak melepaskan peluang keemasan ini. Takkan nak tunggu tahun depan. Itu pun kalau masih hidup. =)



Testi sempena Ramadhan yang mulia..

Photobucket

Photobucket



Pergi Tak Kembali

Labels:

Mula-mula sampai di rumah masa cuti hari itu, terkejut tengok dia jalan terjengket-jengket. Bila ditanya kepada mak, kemungkinan dia dipukul oleh orang. Kasihan sungguh. Muka tidak bermaya. Tapi kadang-kadang dia cuba untuk menyembunyikan rasa sakit itu. Namun, saya tahu. Sebenarnya dia sangat menderita.

Sepanjang cuti dua bulan setengah itulah  saya menjaga dia. Nak hantar hospital, tiada duit. Kakinya yang sakit itu, saya sapu minyak gamat. Urut-urut perlahan. Takut nak urut kuat-kuat. Kakinya seakan-akan patah apabila dia langsung tidak boleh menampung badannya. Terpaksa mengensot untuk bergerak. Sungguh menyayat hati!

Lama-kelamaan, kakinya semakin sembuh. Dia mula berjalan. Dan yang peliknya, dia semakin manja dengan saya. Setiap masa mahu diribakan. Tak kira bila masa, mesti dia diriba saya. Mungkin dia terhutang budi kepada saya kerana menjaga dia sehingga sembuh.

2 minggu sebelum saya balik ke Kelantan, dia mula sakit. Sakit kakinya dulu datang kembali. Dia hanya luangkan masa keseorangan. Kadang-kadang, dia berjengket ke arah saya. Mahu diribakan.

Tibalah waktu saya kembali ke Kelantan. Sebelum saya menaiki kereta, saya mendakap dia. Peluk, cium dia. Sambil berpesan, supaya menjaga diri. Tengok-tengokkan ibunya yang sedang sakit kerana ketumbuhan. Sangat sedih ketika itu. Seakan saya tidak akan bertemu dengannya lagi. Selepas dipanggil mak, barulah saya melepaskan dakapan kami.

Dan pagi tadi, mak menelefon saya dari rumah. Saya sangkakan, mahu bertanya khabar, rupa-rupanya mak menyampaikan berita yang sangat menyedihkan.

"Pok. Tompok dah takde. Dia dah mati!"

Saya sangat terkejut. Tanpa disedari, air mata jatuh mengalir perlahan. Terimbas kenangan bersamanya selama 2 tahun. Gelak tawa, riang duka. Sehinggalah dia sakit hari itu, tiada lagi gurauan daripadanya. Tompok. Kucing kesayangan saya telah meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Mati kerana sakit tidak boleh bergerak. Dia mati di bawah meja. Menahan kesakitan. Tanpa teman.


-Selalu kacau saya buat design-

-Aktif sebelum dia sakit-


-Pose macho-

Ini gambarnya ketika muda. Hehe. Tahun lepas. Bulan 5 2009. Tiada gambar terkini. Tak jumpa dalam simpanan.

P/S: Memang sangat sedih. Entri ini khas untuk Pok. =)

Related Posts with Thumbnails