Diam-diam Ubi Berisi
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap
Akan menyepi sementara dalam dunia maya ini. Tapi sepi bukan sepi lalu mati. InsyaAllah, blog ini akan tampil dengan konsep baru. Diam bukan bererti menyerah kalah dalam perjuangan dakwah ini. Tapi diam-diam ubi berisi. Apa yang berisinya? Nantikan, InsyaAllah. =)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*Sebenarnya akan balik bercuti untuk sebulan. Sebab itulah tak dapat update blog. Hehe. Ayat cover line~
Doakan supaya dipermudahkan segala urusan. Banyak yang perlu diselesaikan cuti ini. Nampaknya kena curi-curi masa untuk melukis dan mendesign. InsyaAllah, Allah tolong hambaNya yang berjuang dijalanNya.
Saturday, December 25, 2010 | 0 Comments
Kompilasi Projek Akhir 2010
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Design,
Tablet
Peperiksaan tinggal lagi 2 subjek. Sempat lagi update blog. Hehe..
Berikut adalah kompilasi projek akhir saya pada semester ini. Atau senang kata tahun 2010 inilah. Ada 6 kesemuanya. Tapi di sini saya sertakan 5 projek sahaja. 4 berkumpulan dan 1 projek individu. Projek English Professional Communication tak perlu letak rasanya. Hehe. Mungkin entri khas tentang projek akan dipost nanti. Upload sekali videonya. =)
Hampir semua projek, kami menamakan kumpulan kami sebagai 'The Last Minute'. Sebab semuanya buat pada minit-minit terakhir. Hehe.
Juga disertakan Peratus Air tangan Saya (PAT). Maknanya seberapa banyak sumbangan saya terhadap projek ini.
1. Projek Pengkalan Data
Projek tentang Sistem Kupon Teksi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang. Pandai-pandai saja buat sistem sendiri. Hehe.
Siap pada pagi hari pembentangan itu juga. =P
PAT: 80%
2. Projek Pengaturcaraan II
Projek menggunakan bahasa c++. Tentang database buku.
Siap pada malam sebelum pembentangan.
PAT: 0%! (Bentang je ada. Erk..)
3. Projek Video Dokumentari
Projek dokumentari tentang Kesan Pasar Raya Terhadap Kedai-kedai Runcit. Siap ada pakcik kedai runcit luah perasaan lagi. Sedih betul. Isk3..
Menggunakan teknik Green Screen. Pengalaman baru bagi saya. Lepas ini nak buat banyak lagi projek sendirian dengan menggunakan teknik ini. Hehe..
Siap sepenuhnya 40 minit lambat dari waktu pembentangan. Hehe.
PAT: 40%. (Sebagai pengacara, edit video, dan lain-lain)
4. Projek Animasi
Projek ini diadaptasikan dari permainan World Of Goo. Best game ni. Hehe.
Dalam video ini, Goo sudah terlewat mahu berjumpa dengan kekasih hatinya. Tapi, bermacam-macam rintangan yang perlu dihadapi untuk sampai ke tempat yang dijanjikan.
Siap awal seminggu. Ini awal sikit. Hehe..
PAT: 60%. (Saya sebagai pelukis keseluruhan projek ini. Guna tablet ni. Hehe..)
5. Projek Audio (Individu)
Projek ini dah post sebelum ini. Tapi letak juga di sini. Nama pun kompilasi. Hehe.
Tentang Halim yang mahu melarikan diri dari penjara. Jiran penjaranya mencadangkan beberapa cara untuk melarikan diri.
Nama Projek: Prison Beruk
Siap sehari sebelum pembentangan. Mula-mula buat tentang cerita superhero. Siap dah hantar kertas kerja lagi. Banyaklah pula kerjanya. Tukar idea last minit. Hehe..
Ini saja projek untuk tahun 2010. Moga-moga tahun depan tak adalah projek sebanyak ini. Letih rasanya. Hee.. Tak apa. Pengalaman itu yang penting. =) Alhamdulillah. Dapat siapkan projek-projek ini. Syukur pada
Thursday, December 16, 2010 | 2 Comments
Peperiksaan Sudah Menjelang
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Design,
iLuvislam.com,
Lukisan,
Tablet
Hari ini, 8 Disember 2010 akan bermula hari peperiksaan bagi pelajar Program Kerjasama UTM, Kolej Teknologi Darulnaim. Em, entahlah. Lain sungguh perasaan dari tahun-tahun lepas. Sangat nervous. Mungkin kerana kekurangan masa untuk bersedia memandangkan baru sahaja menyiapkan projek akhir beberapa hari yang lalu. Dah kata ambil bidang Sains Komputer Multimedia. Kalau tak nak ada projek, ambillah perakaunan ke, perdagangan ke. Hehe..
Testi juga sempat dihasilkan selepas testi Ma'al Hijrah 1432H. Tapi sebenarnya, pembikinannya sudah lama. Kerana step dari lukis sampailah ke warna dan design, dibuat pada waktu-waktu yang lapang sahaja. Kurang masa lapang pada sem ini. Ini dia;
Lukis atas kertas dan warna guna tablet. Em, tak banyak beza dengan warna guna mouse, kan? Hehe.
Akhir kata dari saya, Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua yang akan menduduki peperiksaan. Tak kiralah di IPT, sekolah (SPM) atau apa-apa sajalah. =) Good Luck diucapkan. Doakan juga saya mudah menjawab soalan. Amiin~
Wednesday, December 08, 2010 | 4 Comments
Salaam Ma'al Hijrah 1432H
Di post oleh
Thahar
Labels:
Button Badges,
Cakap-cakap,
Design,
iLuvislam.com,
Lukisan,
Tablet,
Tazkirah
Peperiksaan pada 8 Disember ini. Saya memaksa diri untuk buat testi sempena Ma'al Hijrah tahun ini memandangkan sudah 2 minggu tak hantar testi. Pelik. Bila keadaan terpaksa, semua benda jadi. Allah permudahkan. Alhamdulillah.
Kali ini saya melukis menggunakan tablet. Tapi hanya lukis paras bahu. Tak sempat nak buat penuh. Hehe..
Susah nak lukis kartun serius. Tak biasa lagi dengan tablet. 'Terpaksa' lukis kartun comel-comel. Hehe.
Akhir kata dari saya, Salaam Ma'al Hijrah. Moga tahun ini lebih diberkati oleh Allah. =)
Tuesday, December 07, 2010 | 2 Comments
Owh, Sudah Bersawang!
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap
Uhuk! Uhuk!
Sudahlah banyak habuk, bersawang pula.
Dah sebulan tak kemas. Kemas sikitlah.Hehe..
Baru habis pembentangan untuk 3 projek akhir; Pengaturcaraan 2, Pengkalan Data dan juga Asas Audio dan Video Dalam Multimedia. 5 Disember ada lagi satu projek akhir untuk dibentang. Subjek Asas Animasi.
Heh, asas saja semuanya. Lama lagi nak capai yang pro. Hehe..
Saya akan upload semua projek lepas bentang projek animasi. Hoho..
'Tujuan entri ini hanya untuk menghidupkan blog ini. Haha."
Friday, December 03, 2010 | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)















