feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




Cintailah Rasulullah

Labels: ,

Klik untuk High Resolution

Tahun ini bertembung pula tarikh Valentine's Day dengan Maulidur Rasul.


Khutbah terakhir Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam, maksudnya;

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia  telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,  maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara  kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya  mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak  untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah  wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka  kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang  teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."

Sayu, sebak membaca isi khutbah ini. Apatah lagi sahabat-sahabat yang begitu menyintai Rasulullah yang mendengar sendiri khutbah ini. Saidina Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun  menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali  menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya  sudah tiba.

Rasulullah begitu sayangkan umatnya. Sampaikan sebelum wafat, baginda menyebut 'Ummati, ummati, ummati". Kita umat Baginda. Adakah cinta kita sama seperti Rasulullah. Rindukah kita dengan Rasulullah?

Jom kita hadiahkan Rasulullah selawat. Tapi ingat. Bukan hari Maulidur Rasul sahaja. Bahkan setiap hari kita kena berselawat ke atas nabi Muhammad.


0 Mengkritik:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails