feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




Revolusi Mesir: Antara Sahabat dan Saudara

Labels: , ,

Terdetik di hati untuk bercakap tentang Revolusi Mesir.

Pada sesiapa yang masih blur tentang apa yang terjadi di Mesir, bolehlah lihat di sini>> LINK


Mungkin saya tidak arif tentang ini. Tapi saya juga boleh berbicara tentang ini.

Mengapa saya berasa begitu terkesan dengan Revolusi Mesir ini? Mengapa Palestin yang sentiasa bergolak itu tidak membuatkan perasaan saya sebegini rupa? Saya mendapat satu jawapan. Jawapan yang sangat membuktikan yang saya ini sangat mementingkan diri. Astaghfirullah..

Ia adalah tentang pertalian. Pertalian antara saya dan juga orang-orang yang terlibat di sana.

Jika di Palestin, orang yang terlibat atau mangsanya adalah warga Palestin, saudara seIslam kita. Yang tiada apa-apa hubungan dengan kita melainkan agama Islam yang sama-sama dianuti. Mungkin itu membuatkan saya kurang memberi tumpuan atau perhatian. Kurang. Bukan tidak cakna langsung tentang Palestin. Tetapi saya akui, ia bermusim. Bila ia sedang bergolak hebat, barulah sibuk melaungkan kata-kata semangat. Tetapi bila media sudah mula diam tentang itu, kita pun turut berdiam diri bersama.

Tapi di Mesir, apa yang membuatkan hati saya ini begitu kuat memberontak adalah kerana sahabat-sahabat yang sedang belajar di sana. Sangat risau tentang keadaan mereka di sana. Dengan talian telefon dan internet yang dipotong. Jadi tiada apa-apa berita pun yang boleh keluar dari bumi Anbia' itu. Selamatkah atau tidak? Makankah mereka atau kelaparan di sana? Saya sering berfikir keadaan mereka di sana. Hati ini sangat risau. Kecurian, kes rogol dan bermacam-macam kes sedang berleluasa di sana berikutan rakyat yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap situasi yang berlaku.

Nah, sudah nampak sifat penting diri di situ. Apakah bila orang yang kita kenali, orang yang kita sayangi ditimpa sesuatu baru kita hendak mengambil berat? Bagaimana saudara kita yang tidak pernah dikenali, yang tidak pernah ditatap wajahnya? Tidak adakah perasaan sayang dan ambil berat?

Mungkin bukan saya seorang saja yang berperasaan begini. Mungkin ramai lagi di luar sana yang juga seperti ini. Saya menasihatkan diri saya dan juga yang lain supaya sentiasa peka, ambil berat, cakna dengan situasi Islam sekarang. Bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Ingatlah setiap orang Islam itu bersaudara.

Maksud surah Al-Hujuraat, ayat 10:
"Orang-orang mukmin itu bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang bersaudara mu dan takutlah kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmah."

Nabi Muhammad SAW telah bersabda (maksudnya):

"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."

(Riwayat Anas Ibnu Malik)

Sekadar peringatan bersama.

Astaghfirullah..

2 Mengkritik:
gravatar
nnur_iman said...
February 1, 2011 at 10:21 PM  

semoga rakan2 kt Mesir selamat..
juga saudara seislam d bumi Mesir dpt pemimpin yg tbaik..

gravatar
Thahar said...
February 2, 2011 at 12:15 AM  

InsyaAllah. Amin.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails