feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




Haruskah Saya Kembali?

Labels:

Tiba-tiba terasa rindu untuk berblog. Adakah saya patut kembali?

Blog Perkongsian Ini Akan Ditutup

Labels:

Terima atas sokongan anda selama ini. Walaupun blog ini sangatlah tidak seberapa, moga-moga ia dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang baca.

Sekian, terima kasih. =)

Cintailah Rasulullah

Labels: ,

Klik untuk High Resolution

Tahun ini bertembung pula tarikh Valentine's Day dengan Maulidur Rasul.


Khutbah terakhir Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam, maksudnya;

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia  telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,  maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara  kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya  mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak  untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah  wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka  kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang  teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."

Sayu, sebak membaca isi khutbah ini. Apatah lagi sahabat-sahabat yang begitu menyintai Rasulullah yang mendengar sendiri khutbah ini. Saidina Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun  menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali  menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya  sudah tiba.

Rasulullah begitu sayangkan umatnya. Sampaikan sebelum wafat, baginda menyebut 'Ummati, ummati, ummati". Kita umat Baginda. Adakah cinta kita sama seperti Rasulullah. Rindukah kita dengan Rasulullah?

Jom kita hadiahkan Rasulullah selawat. Tapi ingat. Bukan hari Maulidur Rasul sahaja. Bahkan setiap hari kita kena berselawat ke atas nabi Muhammad.


Revolusi Mesir: Antara Sahabat dan Saudara

Labels: , ,

Terdetik di hati untuk bercakap tentang Revolusi Mesir.

Pada sesiapa yang masih blur tentang apa yang terjadi di Mesir, bolehlah lihat di sini>> LINK


Mungkin saya tidak arif tentang ini. Tapi saya juga boleh berbicara tentang ini.

Mengapa saya berasa begitu terkesan dengan Revolusi Mesir ini? Mengapa Palestin yang sentiasa bergolak itu tidak membuatkan perasaan saya sebegini rupa? Saya mendapat satu jawapan. Jawapan yang sangat membuktikan yang saya ini sangat mementingkan diri. Astaghfirullah..

Ia adalah tentang pertalian. Pertalian antara saya dan juga orang-orang yang terlibat di sana.

Jika di Palestin, orang yang terlibat atau mangsanya adalah warga Palestin, saudara seIslam kita. Yang tiada apa-apa hubungan dengan kita melainkan agama Islam yang sama-sama dianuti. Mungkin itu membuatkan saya kurang memberi tumpuan atau perhatian. Kurang. Bukan tidak cakna langsung tentang Palestin. Tetapi saya akui, ia bermusim. Bila ia sedang bergolak hebat, barulah sibuk melaungkan kata-kata semangat. Tetapi bila media sudah mula diam tentang itu, kita pun turut berdiam diri bersama.

Tapi di Mesir, apa yang membuatkan hati saya ini begitu kuat memberontak adalah kerana sahabat-sahabat yang sedang belajar di sana. Sangat risau tentang keadaan mereka di sana. Dengan talian telefon dan internet yang dipotong. Jadi tiada apa-apa berita pun yang boleh keluar dari bumi Anbia' itu. Selamatkah atau tidak? Makankah mereka atau kelaparan di sana? Saya sering berfikir keadaan mereka di sana. Hati ini sangat risau. Kecurian, kes rogol dan bermacam-macam kes sedang berleluasa di sana berikutan rakyat yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap situasi yang berlaku.

Nah, sudah nampak sifat penting diri di situ. Apakah bila orang yang kita kenali, orang yang kita sayangi ditimpa sesuatu baru kita hendak mengambil berat? Bagaimana saudara kita yang tidak pernah dikenali, yang tidak pernah ditatap wajahnya? Tidak adakah perasaan sayang dan ambil berat?

Mungkin bukan saya seorang saja yang berperasaan begini. Mungkin ramai lagi di luar sana yang juga seperti ini. Saya menasihatkan diri saya dan juga yang lain supaya sentiasa peka, ambil berat, cakna dengan situasi Islam sekarang. Bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Ingatlah setiap orang Islam itu bersaudara.

Maksud surah Al-Hujuraat, ayat 10:
"Orang-orang mukmin itu bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang bersaudara mu dan takutlah kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmah."

Nabi Muhammad SAW telah bersabda (maksudnya):

"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."

(Riwayat Anas Ibnu Malik)

Sekadar peringatan bersama.

Astaghfirullah..

2011 Menjelma! (Kalendar Januari 2011 pun ada!)

Labels: , ,

Selamat Tahun Baru 2011!

Makin lanjut usia saya, makin banyak tanggungjawab yang harus dipikul. Dari urusan hidup di kolej, persatuan, rumah, rumahtangga (hehe), masyarakat dan yang paling utama urusan terhadap agama.

Tahun 2010 yang telah pergi merupakan tahun yang menjadikan saya insan yang berbeza dalam tempoh hidup selama lebih 2 dekad ini. Berbeza kerana segala-galanya merupakan titik permulaan bagi saya untuk menuju ke 'destinasi dunia' yang ingin saya tujui.


Bermula dari perniagaan button badges secara 'rasmi', penglibatan dalam kelab, sehinggalah projek-projek akhir yang bertimbun. Mungkin bagi orang lain, ia cuma perkara biasa. Tetapi bagi saya, perkara-perkara inilah merupakan asas bagi saya untuk berjaya di masa hadapan.

Semua ini juga mematangkan diri saya dan menjadi batu loncatan bagi saya untuk memaknakan usia dalam diri. Bila muhasabah kembali, seperti tidak percaya saya telah lalui dengan lancarnya tahun 2010 ini.Bagaimana saya boleh laluinya? Dengan bantuan Allah, sokongan ibu bapa dan keluarga serta kerjasama dari sahabat-sahabat.

Perniagaan button badges menjadi asas dalam menuju cita-cita membuka syarikat printing dan design. Penglibatan secara serius dalam kelab bagi menajamkan skil kepimpinan. Projek-projek akhir pula menambahkan ilmu baru dalam penghasilan grafik, kesan khas, animasi, pengkalan datadan lain-lain. Nah, semua ini sangat berkait rapat dengan apa yang saya mahukan untuk mencapai cita-cita saya. Terasa kebesaran Allah yang mengatur hidup hambaNya dengan teliti dan terancang. Subhanallah!

Moga tahun 2011 ini, momentum yang dicipta pada tahun lepas dapat diteruskan. InsyaAllah, semua perkara menjadi senang bila kita bergantung harap dan yakin kepada Allah Taala. Allah akan membantu hamba-hambaNya yang berjuang dijalanNya. Amiin~



Terasa bebas sedikit cuti ini dan ini membuatkan saya terasa ingin ber'design'. Hehe.

Konsep ini macam selalu jumpa saja di laman-laman web grafik. Tapitak apalah. Percubaan pertama saya dalam menghasilkan design yang berkonsepkan begini. 100% idea saya. Tidak diciplak dari mana-mana design. Hehe.



Untuk permintaan saiz desktop anda, sila email saya ya. =)
Email: thefilsuf[at]gmail[dot]com.

Diam-diam Ubi Berisi

Labels:

Akan menyepi sementara dalam dunia maya ini. Tapi sepi bukan sepi lalu mati. InsyaAllah, blog ini akan tampil dengan konsep baru. Diam bukan bererti menyerah kalah dalam perjuangan dakwah ini. Tapi diam-diam ubi berisi. Apa yang berisinya? Nantikan, InsyaAllah. =)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

*Sebenarnya akan balik bercuti untuk sebulan. Sebab itulah tak dapat update blog. Hehe. Ayat cover line~
Doakan supaya dipermudahkan segala urusan. Banyak yang perlu diselesaikan cuti ini. Nampaknya kena curi-curi masa untuk melukis dan mendesign. InsyaAllah, Allah tolong hambaNya yang berjuang dijalanNya.

Kompilasi Projek Akhir 2010

Labels: , ,

Peperiksaan tinggal lagi 2 subjek. Sempat lagi update blog. Hehe..

Berikut adalah kompilasi projek akhir saya pada semester ini. Atau senang kata tahun 2010 inilah. Ada 6 kesemuanya. Tapi di sini saya sertakan 5 projek sahaja. 4 berkumpulan dan 1 projek individu. Projek English Professional Communication tak perlu letak rasanya. Hehe. Mungkin entri khas tentang projek akan dipost nanti. Upload sekali videonya. =)

Hampir semua projek, kami menamakan kumpulan kami sebagai 'The Last Minute'. Sebab semuanya buat pada minit-minit terakhir. Hehe.

Juga disertakan Peratus Air tangan Saya (PAT). Maknanya seberapa banyak sumbangan saya terhadap projek ini.


1. Projek Pengkalan Data

Projek tentang Sistem Kupon Teksi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang. Pandai-pandai saja buat sistem sendiri. Hehe.



Siap pada pagi hari pembentangan itu juga. =P

PAT: 80%


2. Projek Pengaturcaraan II

Projek menggunakan bahasa c++. Tentang database buku.



Siap pada malam sebelum pembentangan.

PAT: 0%! (Bentang je ada. Erk..)


3. Projek Video Dokumentari

Projek dokumentari tentang Kesan Pasar Raya Terhadap Kedai-kedai Runcit. Siap ada pakcik kedai runcit luah perasaan lagi. Sedih betul. Isk3..


 Menggunakan teknik Green Screen. Pengalaman baru bagi saya. Lepas ini nak buat banyak lagi projek sendirian dengan menggunakan teknik ini. Hehe..

Siap sepenuhnya 40 minit lambat dari waktu pembentangan. Hehe.

PAT: 40%. (Sebagai pengacara, edit video, dan lain-lain)


4. Projek Animasi

Projek ini diadaptasikan dari permainan World Of Goo. Best game ni. Hehe.

Dalam video ini, Goo sudah terlewat mahu berjumpa dengan kekasih hatinya. Tapi, bermacam-macam rintangan yang perlu dihadapi untuk sampai ke tempat yang dijanjikan.


Siap awal seminggu. Ini awal sikit. Hehe..

PAT: 60%. (Saya sebagai pelukis keseluruhan projek ini. Guna tablet ni. Hehe..)


5. Projek Audio (Individu)

Projek ini dah post sebelum ini. Tapi letak juga di sini. Nama pun kompilasi. Hehe.

Tentang Halim yang mahu melarikan diri dari penjara. Jiran penjaranya mencadangkan beberapa cara untuk melarikan diri.



Nama Projek: Prison Beruk

Siap sehari sebelum pembentangan. Mula-mula buat tentang cerita superhero. Siap dah hantar kertas kerja lagi. Banyaklah pula kerjanya. Tukar idea last minit. Hehe..




Ini saja projek untuk tahun 2010. Moga-moga tahun depan tak adalah projek sebanyak ini. Letih rasanya. Hee.. Tak apa. Pengalaman itu yang penting. =) Alhamdulillah. Dapat siapkan projek-projek ini. Syukur pada

Related Posts with Thumbnails