feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




2011 Menjelma! (Kalendar Januari 2011 pun ada!)

Labels: , ,

Selamat Tahun Baru 2011!

Makin lanjut usia saya, makin banyak tanggungjawab yang harus dipikul. Dari urusan hidup di kolej, persatuan, rumah, rumahtangga (hehe), masyarakat dan yang paling utama urusan terhadap agama.

Tahun 2010 yang telah pergi merupakan tahun yang menjadikan saya insan yang berbeza dalam tempoh hidup selama lebih 2 dekad ini. Berbeza kerana segala-galanya merupakan titik permulaan bagi saya untuk menuju ke 'destinasi dunia' yang ingin saya tujui.


Bermula dari perniagaan button badges secara 'rasmi', penglibatan dalam kelab, sehinggalah projek-projek akhir yang bertimbun. Mungkin bagi orang lain, ia cuma perkara biasa. Tetapi bagi saya, perkara-perkara inilah merupakan asas bagi saya untuk berjaya di masa hadapan.

Semua ini juga mematangkan diri saya dan menjadi batu loncatan bagi saya untuk memaknakan usia dalam diri. Bila muhasabah kembali, seperti tidak percaya saya telah lalui dengan lancarnya tahun 2010 ini.Bagaimana saya boleh laluinya? Dengan bantuan Allah, sokongan ibu bapa dan keluarga serta kerjasama dari sahabat-sahabat.

Perniagaan button badges menjadi asas dalam menuju cita-cita membuka syarikat printing dan design. Penglibatan secara serius dalam kelab bagi menajamkan skil kepimpinan. Projek-projek akhir pula menambahkan ilmu baru dalam penghasilan grafik, kesan khas, animasi, pengkalan datadan lain-lain. Nah, semua ini sangat berkait rapat dengan apa yang saya mahukan untuk mencapai cita-cita saya. Terasa kebesaran Allah yang mengatur hidup hambaNya dengan teliti dan terancang. Subhanallah!

Moga tahun 2011 ini, momentum yang dicipta pada tahun lepas dapat diteruskan. InsyaAllah, semua perkara menjadi senang bila kita bergantung harap dan yakin kepada Allah Taala. Allah akan membantu hamba-hambaNya yang berjuang dijalanNya. Amiin~



Terasa bebas sedikit cuti ini dan ini membuatkan saya terasa ingin ber'design'. Hehe.

Konsep ini macam selalu jumpa saja di laman-laman web grafik. Tapitak apalah. Percubaan pertama saya dalam menghasilkan design yang berkonsepkan begini. 100% idea saya. Tidak diciplak dari mana-mana design. Hehe.



Untuk permintaan saiz desktop anda, sila email saya ya. =)
Email: thefilsuf[at]gmail[dot]com.

0 Mengkritik:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails