Israk Mi’raj : Di Manakah Rasionalnya?
Di post oleh
Thahar
Labels:
Tazkirah
Tarikh hari ini adalah 27 Rejab 1430h bersamaan 20 Julai 2009. Ulangtahun Isra’ Mikraj. .
Dan semalam aku pergi ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan sempena sambutan Israk Mi’raj.
Terdapat beberapa poin yang menarik perhatian aku.
Kat sini bukan nak cerita tentang kejadian Isra’ Mikraj tu.. Saya pasti ramai dah tahu apa yang berlaku pada waktu itu.. Kalau ade yang tak tahu, tanyalah siapa yang tahu.. Haha..
Nak cerita kat sini ialah di mana rasionalnya Israk Mi’raj ni..? Ok, kita sebagai orang Islam, memang yakin dengan peristiwa ni.. Sebab kita tahu, kalau Allah kata “Kun!” maka jadilah ia..
Tapi dari segi rasionalnya. Bolehkah ia berlaku? Selepas Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam selesai Israk Mi’raj, dia ingin menyebarkan kepada semua orang di Mekah tentang peristiwa itu. Maka di situlah Abu Jahal mengambil kesempatan dengan mengatakan Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam adalah seorang yang gila.
Mana mungkin Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam boleh mengembara ke Masjidil Aqsa dalam tempoh satu malam. Bukan tu saja, malah naik ke langit lagi. Sedangkan kabilah2 arab yang pergi berdagang dengan menunggang unta pun mengambil masa 40 hari 40 malam untuk sampai ke Masjidil Aqsa.
Baiklah, tahukah anda apa makna buroq ni? Buroq ialah kilat. Dan berapakah kelajuan kilat ini? Kelajuan cahaya ialah 299,792km/s dan kilat pulak lambat sikit dari cahaya iaitu 1500km/s. Maka dengan itu, tidak mustahillah jika Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam boleh berulang-alik Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan juga 7 langit dalam masa satu malam kerana baginda bukan menunggang kuda tetapi Buroq yang sangat laju. Ia satu ‘tunggangan’ khas daripada Allah Subhanahu Wataala untuk kekasihnya, Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam.
Sekarang ni pun, para saintis sibuk menjalankan kajian dan eksperimen tentang teleport. Tetapi sebenarnya Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam sudah pun melaluinya 1000 tahun yang lalu.
Dan lagi satu, ada yang mempertikaikan peristiwa Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam dibedah jantungnya oleh Jibril Alaihis Salaam. Apakah rasionalnya?
Em, sekarang ni dah ada teknologi berkhatan dengan menggunakan laser. Ada juga pembedahan kornea mata juga dengan menggunakan laser. Dan pembedahan2 seperti ini berjaya dilakukan.
Dan tahukah anda malaikat dijadikan dari apa? Malaikat dijadikan dari cahaya. Laser juga adalah sejenis cahaya. Jadi, bolehkah Jibril melakukan pembedahan pada Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam? Ya, boleh kerana dia juga adalah cahaya seperti laser. Malah lebih baik lagi. Tiada masalah bagi Jibril melakukan pembedahan jantung Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam sebagai persediaan baginda untuk memimpin dunia dan membawa ajaran Allah Subhanahu Wataala..
Ni je dapat aku kongsi dengan korang. InsyaAllah, lepas ni kalau ada apa2 lagi, aku akan kongsi.
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam yang bermaksud;
“Sampaikanlah dariku walau pun satu ayat..”
Wallahu Aa’lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment