Pinjaman MARA Dibekukan??
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap
KOTA BHARU 9 Ogos – Hampir kesemua pelajar semester 1 Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) diserang sakit jantung seketika berikutan pengumuman bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membekukan pinjaman pelajaran untuk pelajar yang baru mendaftar tahun ini tidak kira sama ada belajar di dalam atau di luar negara.
Pn. Hamidah, Pengurus Bahagian Kewangan dan Kawalan Kredit KTD, ketika memberi taklimat kewangan. memberitahu bahawa pihak MARA sudah tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk memberi pinjaman kepada pelajar. Pihak MARA memberi nasihat kepada pelajar-pelajar supaya memohon pinjaman dari yayasan-yayasan lain seperti PTPTN, Majlis Agama Islam Negeri dan lain-lain.
Dan selepas itu, ramailah di kalangan pelajar menghubungi ibu bapa mereka (1st time dlm tempoh 3 bulan duduk KTD..haha..) untuk membuat keputusan sama ada memohon PTPTN atau berhenti dari kolej.
Pemandu bas KTD, En. Li ketika memberi komen tentang perkara ini berkata, "Dik.. Bukan urusan kamu nk pikir mana nak dapat duit nih.. Urusan kamu adalah untuk belajar.. Belajar bersungguh-sungguh.. Jalankan tanggungjawab sebagai pelajar.."
"Ini tidak.. Pak cik tengok kamu datang kolej dengan rambut panjang, pakaian tak ikut peraturan..Ada kamu
fikir tanggungjawab kamu..? Dah la tak belajar, lepas tu mintak mak bapak beli laptop la.. Henset canggih la.."
"Yang penting sekarang adalah belajar.. Jangan fikir pasal duit tu.. Biar mak bapak kamu yang uruskan..," tambah En. Li lagi..
Dan semalam, ramai pelajar yang mendaftar untuk memohon PTPTN dan ada juga yang memohon Tabung Pendidikan KTD. Mereka bersyukur kerana masih ada lagi yayasan lain untuk pinjaman dan mereka dapat menyelesaikan yuran kolej.
Sekian laporan dari saya.. Huhu..
Apasal la aku skema sgt nih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
September 12, 2009 at 9:55 PM
aduih......parah la cmnih...sy salah seorg pemohon mara....
September 12, 2009 at 9:59 PM
tapi kalo ko dah dpt, dia proceed jer..
yg dibekukan bg student yg baru nk mohon..
September 22, 2009 at 10:00 AM
ahaha....lucu la ayt en. li... pcah prut-ku bce kata2nye.. fuh...
September 24, 2009 at 4:21 PM
mcm bc berita la pulak...harharthaharhahar
September 24, 2009 at 10:01 PM
chiss..!! namaku sekali lg diperkotak-katikkan..!!
November 14, 2009 at 12:54 AM
bunguk...
haha...
November 14, 2009 at 12:57 AM
apo yg bunguk??
haha..
em, perhatian.. MARA dah kembali..
bulan lepas lg.. haha..
malas nak tulis entri..
Post a Comment