feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




Dapat Duit dengan Goyang Kaki Sahaja??

Labels:

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh..

Alhamdulillah.. Dah lama rasanya tak menulis.. (bukan rasenye, memang dah lama pun..huhu)


Dalam kesibukan menguruskan projek Unit Percetakan yang akan dijalankan tak lama lagi, aku mulai rasa resah memikirkan masalah kewangan yang tidak menentu. Duit perbelanjaan bulan ini dah habis dilaburkan untuk dijadikan sebagai modal Unit Percetakan. Setiap hari makan nasi kosong dan sambal ikan bilis. Tapi aku tak kisah. Saudara kita di Palestin lagi la tak menentu. Aku bersyukur.

Tapi pada masa yang sama, aku tetap memikirkan dari mana nak dapat duit ni? Adeh, pening lak fikir.. Lantas aku teringatkan longgokan button badges yang aku bawa dari rumah selepas cuti raya hari itu.

Bagaimana nak jual semua ni? Mana ada masa.. Tapi aku cuba jugak cari jalan untuk menjual barang-barang tu.. Em,dapatlah RM 20 sehari tu.. Bolehlah lepas untuk duit makan 2 hari lepas tolak hutang kawan yang memahami.. (huhu.. terima kasih, Izzudin..)

Esoknya aku bawak longgokan button itu ke kolej dengan hajat nak la dapat lebih sikit duit belanja. Tapi tak tahu bagaimana nak jual. Sebab yang aku kenal hanyalah pelajar semester 1.

Tapi Allah memang nak bagi aku rezeki hari itu. Dia hantar seorang pelajar senior (Abg Jumat) yang kebetulan lalu dekat aku da ternampak button-button itu.. Dia nampak berminat dan dia cakap, "Kalau ana jual, dapat komisen tak?". Aku pun balas, "Jual la RM 3.. Ambil komisen RM1."

Maka, bermulalah keuntungan yang meningkat secara mendadak pada hari itu. Sebagai student, cukup la kot untuk belanja makan sebulan. Dalam masa kurang dari sejam, sedang aku duduk goyang kaki di Medan Al-Thaqafi sambil menghadap laptop, senior tu datang balik kat aku dengan memberi aku sejumlah wang. Agak banyak la bagi aku. Dan sehingga petang, aku dah untung sebanyak RM 150. Malam tu dia jumpa lagi dan bagi lagi RM 30 dan jumlah semua yang aku dapat dari dia adalah RM 180. Tambah yang aku jual, semua sekali RM 200..

Subhanallah!! Rezeki yang aku dapat dalam masa sehari dalam keadaan aku yang tak berduit langsung! Alhamdulillah.. Allah murahkan rezeki aku.

Siapa kata dengan duduk goyang kaki sahaja boleh dapat duit? Tak fikir ke dari mana kita dapat duit tu? Memang lah masa tu, aku dapat duit dengan hanya goyang kaki. Tapi sebelum tu camne pulak? Aku bekerja keras untuk menghasilkan design-design, pergi tempah, proses ulang alik dari K.L dan rumah yang sangat memenatkan..Huhu.. Semua itu memerlukan usaha dan selebihnya, kita serah pada yang berhak. Allah yang Maha Berkuasa.

Mana ada dengan duduk goyang kaki sahaja boleh dapat duit. Semua itu datang dari Allah.. dan semua itu adalah hak Allah.. Dia berhak ambil kembali hak dia..

Em, di sini disertakan sekali contoh-contoh design button.. Haha..Promote sket.. Tapi ni design-design lama.. Tak best kot.. Huhu..

Photobucket


Em Alhamdulillah.. Lepas ni, insyaAllah aku dapat tender untuk buat button kolej.. Sebab banyak permintaan.. Huhu..

4 Mengkritik:
gravatar
izwan sudoku said...
October 1, 2009 at 4:44 PM  

adoi...aku baru nk excited bile bace headline ko, tp rupenye bkn... tp mmg betul pn manede rezeki datang bergolek, well congrats anyway. aku sentiasa tabik ko.

gravatar
Thahar said...
October 2, 2009 at 4:14 AM  

hehe..ko mesti ingat aku ader cara dapat income dgn cpt,kn? haha..

weh,xyah tabik aku.. xbest pon..
kita tabik kt Allah..
dia yg bagi segala2nya..

gravatar
affendik? said...
October 5, 2009 at 5:47 PM  

tahniah.

mintalah pada Dia...
Dialah ar-Rahman & ar-Rahim =]

gravatar
Thahar said...
October 6, 2009 at 10:22 AM  

tq, sir..

ya, pohon padaNya..
Dialah segala2Nya..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails