feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




Impian Hampir Tercapai..

Labels: ,


Setelah berbulan-bulan lamanya merancang, alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan jalan kami. Dari bulan 8 rasanya, aku berkira-kira untuk buka satu kelab printing baju. Disebabkan kat Kolej Ngeri dulu, projek “Kachak Clothing” terhenti begitu sahaja, aku nak jalankan semula projek di KTD ni.

Allah itu Maha Kuasa. Dia mempertemukan dengan seorang insan yang akan membantu aku untuk merealisasikan impian aku untuk membuka sebuah syarikat printing satu hari nanti. Qayyim Miswan, seorang budak yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang percetakan baju. Dia pernah join adventure dengan kawan dia yang ada buka kedai pinting. Aku kena banyak belajar daripada dia.

So, kami pun berpakat la untuk tubuhkan satu kelab yang buat baju, button dan juga apa-apa yang berkaitan printing. Qayyim pun berurusan dengan Tn. Haji Rosdi Baharom, Ketua HEP KTD. Dan dia pun menyokong hasrat kami untuk menubuhkan kelab.

Tapi tak semuanya mudah. Rupanya ada senior yang nak tubuhkan Kelab Keusahawanan dan menurut senior tersebut, segala urusan perniagaan harus diletakkan di bawah Kelab Keusahawanan. Arghh! Aku rasa amat kecewa. Tapi nak buat macam mana. Terpaksalah memberi laluan kepada senior.

Tapi setelah sebulan berlalu, berita tentang Kelab Keusahawanan sepi. Kami cubalah untuk bertanya kepada En. Rusdi, apakah status kelab tersebut. Dan beliau mengatakan kelab tersebut masih belum menghantar apa-apa kertas kerja dan kami boleh menubuhkan kelab kami sendiri tanpa ada masalah. Tidak timbul soal perniagaan harus diletakkan di bawah satu kelab. Emm?? Habis tu, senior tu cakap apa?? Haha, tak tahu la. Biarlah mereka. Malas nak fikirkan lagi.

Jadi kami mengambil keputusan untuk membuka kelab sendiri. Tapi ada seorang senior dari Kelab Penerbitan Kreatif mencadangkan kami membuka satu unit di bawah kelab tersebut. Memandangkan aku memang ahli Kelab Penerbitan Kreatif, jadi tak ada masalah untuk tubuhkan unit. Malah lebih cepat berbanding proses untuk membuka sebuah kelab baru yang terlalu banyak prosedurnya.

Maka, setelah ulang-alik pejabat HEP, buat kertas kerja berulang kali, akhirnya unit ini diperkenankan oleh HEP. Dan kami menamakannya Unit Percetakan. Kami dapat bilik kosong untuk dijadikan studio. Gila bersepah bilik tu. Tapi kami tak kisah. Janji ada bilik sendiri. Haha.. Kami pun kemaskan bilik tersebut dan jadilah sebuah studio yang tak seberapa.. Haha..



-Sekitar proses pembersihan bilik studio-

Photobucket



Photobucket>


Photobucket

 Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket
Emm, setakat ini sahaja. Post yang berikutnya, tentang Unit Percetakan pula.. Haha..

5 Mengkritik:
gravatar
izwan sudoku said...
October 3, 2009 at 4:35 PM  

fuyoh~ dapat bilik~ aku pn nk gak bilik!

gravatar
Thahar said...
October 3, 2009 at 6:17 PM  

hahaa..ader 3 bilik dlm tu..

em,mintak la 1 bilik kt kolej ngeri tu..
sebelah tokong tu..
haha..

gravatar
affendik? said...
October 5, 2009 at 5:51 PM  

alhamdulillah..teruskan bersyukur.
tahniah sekali lagi...dan lagi.
kalau nak bilik di asrama pun ana boleh bagi.
A2...nak?
huhuhh


[andai kamu bersyukur,akan Aku tambahkan ganjaran bagimu, tapi andai kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah berat]

gravatar
Thahar said...
October 6, 2009 at 10:20 AM  

haha.. A2 mmg dah jd bilik khas operasi..heheh..

gravatar
meo188 said...
October 16, 2009 at 11:47 PM  

wah... studio ape nie?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails