feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




iLi: Pengorbanan.. Salaam Aidil Adha!

Labels: , , ,

Semoga sihat dan ceria selalu. Apa khabar iman kita hari ini? ^_^

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang mengenali saya...


Marilah kita bersama-sama menyingkap kembali sejarah hebat sempena perayaan hari mulia ini. Ingatkah kita akan sirah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar?

Salah satu pengajaran penting yang kita perlu ambil dan amalkan dari sejarah itu adalah usaha yang berterusan; yang ditujukkan oleh Siti Hajar, ibunya Nabi Ismail. Beliau berlari berulang-alik dari Safa ke Marwah sebagai usaha berterusannya untuk mendapatkan air untuk anaknya yang dikasihi.

Berkat usaha beliau, Allah kurniakan air zamzam yang sehingga kini mengalir, memberi manfaat kepada semua ummah.

Sekali lagi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha; mohon maaf zahir dan batin.

-Dipetik dan diubahsuai daripada kata-kata Presiden iLuvislam.com, Mohd Nurul Imran Bin Koyube



Photobucket
Sempat juga buat testi di pagi raya.. Huhu...

“Oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih…” ( maksud hadith riwayat At-Tarmizi…)


Jadi, selamat berkorban.. :-)

2 Mengkritik:
gravatar
nnur_iman said...
November 27, 2009 at 10:56 AM  

salam Aidil Adha..
waaa..thahar sempat lg bt design...
ada kepala lembu lg kt atas 2...hmmm..

gravatar
Thahar said...
November 27, 2009 at 2:35 PM  

salaam aidiladha..

sempat-menyempat gak nk wat..
terasa nak sgt wat utk raya haji ni..
huhu..

ada kepala lembu kt atas TV tu?
haha..sekadar hiasan..

adakah ia nampak spt suatu kezaliman?
ketahuilah bahawa kanak2 palestin lebih teruk dikerjakan oleh zionis laknatullah..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails