AlwanComics Kembali!!
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap
Maaf kerana agak lambat saya mempromosikan web alwan.
Alwancomis.com adalah satu laman web yang mengumpulkan karya-karya islamik tak kiralah dari segi lukisan, komik, penulisan kreatif dan banyak lagi.
Dengan motto "It's More Than Just A Comic", alwan mula beroperasi sejak awal 2004 dan mendapat sambutan yang hangat dari peminat-peminat seni yang dahagakan karya Islamik yang mana ketika itu karya Islamik sedang mula berkembang. Kalau nak tahu, kebanyakan lukisan Islamik yang tersebar di internet datangnya dari alwancomics.
Malangnya, alwan berhenti beroperasi pada 2008 atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Mengikut sumber dari Freshie, salah seorang alwaniyyun (panggilan untuk ahli-ahli forum alwan), Wanzu, iaitu pengasas alwancomics telah pun menutup web tersebut atas alasan tiada siapa yang dapat mengendalikan lagi web tersebut kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya. Jadi ia berkubur begitu sahaja.
Tetapi pada awal tahun baru yang lepas, saya terbaca satu post dari Han Ri yang mengatakan web alwancomics sudah kembali. Terus sahaja saya ke alwan dan mendapati memang ada! Gembira tak terkata kerana setelah hampir 3 tahun, akhirnya kembali beroperasi juga alwan.
Disebabkan pertukaran server lama ke server yang baru, banyak karya lukisan dan komik hilang dan tidak boleh diselamatkan lagi. Mujurlah karya saya masa budak kecik dulu ada lagi kerana saya menggunakan photobucket.com untuk memuat naik gambar-gambar. Kelakar pula bila tengok lukisan-lukisan lama.
Jadi, apa lagi? Mari ramai-ramai sertai forum alwan!
Memang tak rugi.. Hehe..
Mari kita hidupkan kembali alwan dan kembalikan zaman kegemilangannya.
Klik sini untuk pergi ke forum alwancomics.
Link ke forum Alwan
Klik sini untuk pergi ke forum alwancomics.
Link ke forum Alwan
alwancomics.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
January 14, 2010 at 3:33 PM
memang tak rugi.. jom kita meriahkannya kembali.. (^__^)
January 14, 2010 at 3:51 PM
memperkenalkan...
Faarihin a.k.a Cik Biskutz!!
hehe.. ye cik biskutz..
tak rugi, kn? huhu..
January 15, 2010 at 8:53 PM
Dik, kalau yg x pandai lukis kan...leh join x? hehe nak join gak...hehe :-p~
January 15, 2010 at 9:22 PM
laa.. byk lg bnda lain kt sana, kak..
huhu.. ley je kak..
silap2, kak pndai lukis kt alwan.. huhu
January 18, 2010 at 12:10 AM
jom meriahkan kembali alwan
jom2
heheh
hebat thahar ye promosi kat blog
bagus~
January 18, 2010 at 11:37 AM
hehe..rupa2nya saudara ezzat admin kat situ..huhu..
x hebat lagi nih.. nnt saya perhebatkan.. huhu..
Post a Comment