Kem Pemantapan Bahasa Arab
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap
Hampir setengah bulan blog ini tidak dikemaskini. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Antaranya ialah Kem Pemantapan Bahasa Arab yang berlangsung di SAMeR pada 13 dan 14 Mac 2010 yang lalu.
Syahdu rasanya bila menjejakkan kaki di dalam kawasan SAMeR. (Sebenarnya naik teksi, jadi tak jejakkan kaki, cuma hanya duduk di dalam teksi. Hehe). Dan bila melihat suasana di sana, sungguh berbeza dari tahun 2007; tahun terakhir berada di sana. Mural-mural yang cantik, pembangunan yang 'sihat' dan asrama yang makin cukup kemudahannya. Tapi ada satu perkarasahaja yang masih tidak berubah. Tandas blok A yang selalu dikunjungi di waktu lapang, Tetap sama macam dulu. Seni-seni yang tercalit di dinding masih kekal. Hehe.
Ops! Menyimpang jauh dari tujuan entri ini.
Tujuan entri ini adalah untuk berkongsi tentang program yang baru dijalankan di SAMeR.
Saya ditugaskan untuk memegang Unit Teknikal dan Persiapan. Kiranya macam technician lah. Skop kerja antaranya buat tag nama untuk urusetia dan fasilitator, background untuk setiap aturcara, sehinggalah untuk Laman Interaktif kem ini yang diedarkan dalam bentuk cd.
Sporting jugalah adik-adik ini semua. Mereka tak sempat merasai zaman kegemilangan saya ketika saya tingkatan 5 kerana mereka mula masuk pada tahun 2008. Saya keluar tahun 2007. Jadi tak sempat kenallah. Tapi yang membuatkan saya terkejut, apabila ada seorang budak menegur saya.
"Assalamualaikum Abang Thahar!"
Eh, mana budak ini kenal?? Lantas dia mencelah bila dahi berkerut cuba mengingati semula kalau-kalau saya mengenali dia. "Saya join program kat Masjid Amaniah dulu la. Ni abang Thaharel Bahardin."
MasyaAllah! Nama penuh pun dia ingat. Terharu juga waktu tersebut. Walaupun hanya seorang mengenali secara formal, tapi itu dah cukup membuatkan saya terharu. Huhu. Yang lain hanya kenal-kenal camtu saja. Abang Thahar button. Haha.
Ini sedikit gambar yang ada sepanjang program.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
March 17, 2010 at 12:35 AM
salam..waa cpt gak post.t nk gambr2 gak eh...
March 17, 2010 at 1:08 AM
Hehe. Lambat la 2 hari. Ama lagi cepat. Semalam dia post.
Ok, nnt aku siapkan cd 2 n bagi gambar2 kat ko.
March 17, 2010 at 6:22 PM
oraite..yeke? ak tgk tjuk die xbrubah pown...waa,cepat ek korg
March 21, 2010 at 4:58 PM
rindunyeeeeeee ^_^
March 21, 2010 at 5:17 PM
Rindu? Lawatlah sekolah. Hehe.
March 23, 2010 at 10:56 AM
skulah angker
March 23, 2010 at 11:01 AM
Haha. Dari dulu lagi Freshie cakap camtu.
Nape? Ada pengalaman ke? Hehe.
Atau pun dulu Freshie sekolah situ??
Waaaa...
March 27, 2010 at 12:41 AM
Ehem...ehemmm ayat2 mengayat utk di ayattt.....hehehe ceewahhh ...sahut freshie ...sahut freshieee...ada yg nak kenal lagiiiii DALAM tu...wakakakaka :-p~~
March 27, 2010 at 12:50 AM
Sekolah tersebut sememang angker.
Tahun lepas ada kes histeria berjemaah. Tapi tak kecoh2 mcm di Kedah tu. Buat rileks je. Hehe.
Zaman saya memang banyak. Best juga berkenal-kenalan dengan hantu2 tu. Hehe.
Post a Comment