feedburner

Ruangan yang dibina untuk memberi ruang kepadaku yang tak cukup ruang




Keracunan TV

Labels: , ,

Photobucket


Sekarang bila kita menonton TV, banyak sangat perkara-perkara yang melanggar syariat. Kalau cerita barat tak payah ceritalah. Memang dah terang-terang. Yang dimaksudkan sekarang ialah cerita tempatan iaitu orang kita sendiri.

Sampaikan cerita 'Islami' pun nak diselitkan adegan-adegan yang melanggar syariat.

'Matlamat Tidak Menghalalkan Cara'.

Apakah yang difikirkan mereka sebenarnya? Mereka di sini  merujuk kepada insan-insan yang bertanggungjawab menghasilkan cerita-cerita tersebut. Baik dari penerbit, pengarah, penulis skrip dan sesiapa yang berkenaan. Nak berdakwah? Tapi pada masa yang sama buat maksiat? Berpeluk-pelukan, bergomol-gomolan. Suasana di kelab malam yang tiada kena-mengena dengan cerita, babak di bilik tidur yang tidak sepatutnya ditunjukkan. Dan bermacam-macam lagi yang tidak bertetapan dengan Islam.

Bila isu ini diutarakan, adalah pihak-pihak yang rasa diri mereka lebih tahu dari Ulamak, mengatakan kita ini berfikiran kolot, jumud dan tak 'open-minded'. Seorang pengarah terkenal mengulas tentang filem kontroversinya,

" FIlem ini dibikin untuk memberi mesej kepada penonton. Kita ambil mesej yang cuba disampaikan. Janganlah ambil yang negatif."

Ya, betul. Tapi orang kita sekarang tidak ramai mengambil iktibar dari filem tersebut. Yang mereka ingat, aksi-aksi yang dipaparkan, hero-heroin yang digandingkan. Sedikit sahaja yang dapat mesej.

Dan sebenarnya, orang kita sudah ramai yang terkena racun tv ini. Racun yang menyebabkan kita dah lali dengan dosa maksiat yang dipaparkan di kaca tv. Sehinggakan kita merasakan macam itu adalah perkara biasa. Astaghfirullah. Sampai begitu sekali penangannya racun ini.

Cari penawar kepada racun itu. Bagaimana mahu mencari penawar tersebut? Kembalilah pada Islam. Jangan ambil Islam itu suku-suku. Ambillah Islam itu keseluruhannya. Rasulullah Sallahu A'laihi Wasallam bersabda maksudnya:

"Berpeganglah kamu kepada dua perkara nescaya kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu AL QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW"


Wallahu A'alam





2 Mengkritik:
gravatar
Ana Aisyah said...
April 3, 2010 at 12:57 AM  

tapi TV tu ada juga kebaikannya..

jadi ambil nilai2 positifnya saja ...

gravatar
Thahar said...
April 3, 2010 at 1:32 AM  

Ya, ada juga yang positif. Tapi lebih banyak yang negatif dari positif.

Nak tengok berita pun, kena tengok aurat. Astaghfirullah.. Perempuan tiada masalahlah. Tapi lelaki?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails