Demam Bola?
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Lukisan
Perhatian.
Tajuk tiada kena-mengena dengan entri kalo ini melainkan lukisan sahaja. Harap maklum.
Adapter bermasalah lalu menyebabkan laptop 2 minggu dipinggirkan dalam almari, atas meja, bawah katil dan juga tempat-tempat yang tak diduga. Sungguh terseksa rasanya. Kerja-kerja percetakan, tempahan-tempahan, projek semester, dan tugasan makmal serta berbagai lagi tergendala.
Minta maaf kepada yang meminta tolong saya buat design. InsyaAllah, saya akan cuba siapkan juga. Hehe. Memandangkan adapter semesta telah dimiliki, InsyaAllah akan diusahakan secepat mungkin design-design tersebut.
Oh, testi dan wallpaper iLuvislam juga sudah lama tak hantar. Maaf Bro Im. Nanti saya hantar, ya! Alamak, Han Ri dan Kak Ijja dah menjeling. Huhu. Ya, ya. Saya buat.
Wednesday, February 24, 2010 | 4 Comments
Inginku Bebas Sepertinya
Di post oleh
Thahar
Labels:
iLuvislam.com,
Lukisan
Lihat saja lukisan ini, terasa senang di hati. Alangkah indahnya dapat bebas seperti lelaki ini. Tak perlu fikir belenggu kerja, masalah pelajaran, hutang dan lain-lain. Hehe. (Sekadar menyebut jenis-jenis masalah)
Bulan ini merupakan bulan paling padat bagi saya. Bila ditampal sahaja poster Unit Percetakan di kolej, bertimbun kerja-kerja yang datang. Memandangkan hanya dua orang sahaja yang boleh mendesign setakat ini, beban kerja menjadi banyak. Nampaknya kena rekruit lebih ramai pelapis. Hehe.
Fakta:
-Lukisan dilukis oleh saudara Ezzat, dan diwarnakan oleh budak tadika, iaitu saya sendiri. Hehe.
-Cuba stail warna cara baru. Ingatkan cantik. Rupa-rupanya lebih kurang macam guna MS Paint saja. Hehe. Maaflah EA. Tak cantik. Hehe.
Saturday, February 06, 2010 | 6 Comments
Booth Unit Percetakan Dibuka Akhirnya
Di post oleh
Thahar
Labels:
Unit Percetakan
Setelah sekian lama merancang, akhirnya booth jualan dari Unit Percetakan kami dibuka semalam. Walaupun tiada kelengkapan, produk tayangan tidak mencukupi, booth tetap dibuka. Kain bunting pun belum siap. Tapi Ketua Unit, Abdul Qayyim Miswan, dengan muka tak bersalahnya, beri tahu supaya dibuka sahaja booth. Sekadar memberitahu pada mereka yang kita ada perkhidmatan ini.
Sungguh pun bersahaja, booth kami tetap dikunjungi. Ramai juga yang bertanyakan tentang unit ini. Sampai sekarang tekak masih terasa sakit dek mempromosi Unit Percetakan kami. Penat rupanya kerja promoter. Hehe. Tapi kami bukan mahu menjual baju. Ada yang menyindir, mengatakan kalau beginilah cara kami menjual, alamatnya gulung tikarlah jawabnya.
Masalahnya, kami bukan menjual baju. Tetapi kami mengambil tempahan dan membuat baju tersebut. Kalau kami dengan semangatnya mempromosi dan mendapat ramai pelanggan, sekaligus tempahan yang banyak, tak terbuatlah baju itu nanti. Semalam pun dah dapat 3 tempahan dan melebihi 100 helai. Tender baju palestin dan asrama kolej pun dah beratus. Mahu dalam masa beberapa minggu. Tak ke berat? Dengan jadual yang begitu padat. Hanya hujung minggu masa yang terluang untuk membuat baju tersebut. Hai, fikirlah sikit sebelum mengkritik orang.
Em, inilah gambar booth kami yang sangat dhaif. Hehe. Tak nampak macam booth pun. Hehe.
Er, muka saya sengaja di'blur'kan atas sebab-sebab tertentu. Tidak mahu kejadian lama berulang. Hehe.
p/s: Ditemurah oleh wakil Sinar Harian semalam. Tapi tak tahulah dapat masuk ke tak. Saya mengelak untuk ditemurah. Alasan saya dari dulu lagi, ‘Tak Nak Muka Masuk Paper’. Haha. (Ish, dah dua kali terlepas peluang muka masuk akhbar. Haha.)
p/s: Ditemurah oleh wakil Sinar Harian semalam. Tapi tak tahulah dapat masuk ke tak. Saya mengelak untuk ditemurah. Alasan saya dari dulu lagi, ‘Tak Nak Muka Masuk Paper’. Haha. (Ish, dah dua kali terlepas peluang muka masuk akhbar. Haha.)
Monday, February 01, 2010 | 11 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)

















