2 selesai, 5 menanti.
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap
Alhamdulillah. Baru selesai 2 projek dalam minggu ini. Dan salah satu yang mencabar ialah Projek Individu Audio. Walaupun nampak macam senang, tetapi sangat susah untuk menyelesaikan projek ini. Tak tahu sebab apa. Malas, sibuk, tak tahu, semua mahu dijadikan alasan.
Klik 'play' untuk main . (Untuk pendengaran yang lebih sihat, sila pakai headphone)
Klik 'play' untuk main . (Untuk pendengaran yang lebih sihat, sila pakai headphone)
Nama Projek: Prison Beruk
Sangat kelakar. Bukan kelakar dari sudut jalan cerita. Kelakar mendengarkan suara saya yang entah apa-apa. Selain dari skrip yang kelam-kabut, lawak yang ingin disampaikan juga tidak menjadi. Hehe.
Selepas ini, 5 projek lagi menanti. Projek Video Dokumentari, Projek Asas Animasi Individu, Projek Asas Animasi Berkumpulan, Projek Pengaturcaraan C++, dan juga Projek Pengkalan Data.
Ganbatte!
Ganbatte!
Monday, September 27, 2010 | 8 Comments
Lukisan Raya
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Lukisan
Selamat Hari Raya walaupun dah lepas seminggu. Hehe.
Kononnya lukis banyak-banyak nak buat testi. Yalah. Di rumah tiada pengimbas. Jadi lukis dan imbas semuanya di rumah sewa. Tapi bila sudah di rumah, semua serba tak menjadi. Akibatnya semua tak warna dan design tak buat.
Ini lukisannya. Nanti kalau rajin, saya warnalah. Kalau ada yang nak warnakan juga. Nanti saya buat design testi. Hehe..
Sunday, September 19, 2010 | 10 Comments
Merdeka? Tak Apalah. =)
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Tazkirah
Malas nak buat entri atau design khas untuk merdeka. Antara sebabnya ialah:
Kedua: Kebanyakan orang Malaysia tidak merdeka pada batinnya. Zahir sahaja yang merdeka. Jadi, buat apa mahu kecoh-kecoh yang kita sudah merdeka? Merdekakan hati dulu. Merdekakan jiwa.
Di mata dunia, kita sudah merdeka.
Tapi,
Minda kita, merdekakah?
Jika bayi bersepah di sana - sini?
Minda kita, merdekakah?
Jika nafsu menjajah diri?
Minda kita, merdekakah?
Jika dosa berlori-lori?
Tidak. Kita masih belum lagi merdeka. Merdeka minda, merdeka hati, merdeka jiwa, merdeka diri. Barulah kita merdeka sepenuhnya.
Wallahu A'3lam..
Wednesday, September 01, 2010 | 7 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)














