iLi: Pengorbanan.. Salaam Aidil Adha!
Semoga sihat dan ceria selalu. Apa khabar iman kita hari ini? ^_^
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang mengenali saya...
Marilah kita bersama-sama menyingkap kembali sejarah hebat sempena perayaan hari mulia ini. Ingatkah kita akan sirah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar?
Salah satu pengajaran penting yang kita perlu ambil dan amalkan dari sejarah itu adalah usaha yang berterusan; yang ditujukkan oleh Siti Hajar, ibunya Nabi Ismail. Beliau berlari berulang-alik dari Safa ke Marwah sebagai usaha berterusannya untuk mendapatkan air untuk anaknya yang dikasihi.
Berkat usaha beliau, Allah kurniakan air zamzam yang sehingga kini mengalir, memberi manfaat kepada semua ummah.
Sekali lagi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha; mohon maaf zahir dan batin.
-Dipetik dan diubahsuai daripada kata-kata Presiden iLuvislam.com, Mohd Nurul Imran Bin Koyube
“Oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih…” ( maksud hadith riwayat At-Tarmizi…)
Jadi, selamat berkorban.. :-)
Friday, November 27, 2009 | 2 Comments
Tutorial: Wallpaper iLi-Purple

Step 2 : Kemudian masukkan gambar yang mempunyai cahaya terang dan gelap yang sekata seperti gambar di bawah ini.
Tak kira apa gambar pun boleh, asalkan banyak elemen warna dan cahaya yang sekata. (Gambar ini sengaja diblurkan..!)
Pergi ke menu di atas. Filter > Blur > Gaussian Blur. Masukkan radiusnya sebanyak 35 piksel.
Hasilnya adalah seperti di bawah.

Seterusnya pergi ke Filter > Distort > Wave. Tukarkan 'wavelength' seperti berikut. Min:300, Max:500. Tekan OK.
Kurangkan opacity kepada 38%.

Step 3 : Buat satu layer baru. Shift+Ctrl+N. Isikannya dengan warna putih atau apa-apa saja (Shift+F5).
Kemudian pergi ke Blending Options (Layer > Layer Style > Blending Options) dan hasilkan Gradient Overlay seperti di bawah.

Right click di kotak layer tersebut dan tekan 'Convert to Smart Object'. Right click sekali lagi dan pilih 'Rasterize Layer'. Kemudian set kepada 'Multiply'.

Siap untuk background.
Seterusnya untuk efek.
Step 3 : Pilih 'Elliptical Marquee Tool' dan buat satu bulat besar pada gambar. Untuk menghasilkan bulat yang lebih besar, tekan spacebar sambil gerakkkan cursor ke atas. Lepaskan spacebar dan tarik semula cursor ke bawah. Bulatan yang lebih besar akan terhasil. Lakukan sehingga mendapat hasil seperti di bawah.
Right click pada gambar dan pilih 'Select Inverse'.
Hasilkan layer baru. Shift+Ctrl+N. Namakan layer tersebut sebagai 'Light'.
Pilih tool 'Brush'. Master Diameter:250px, dan Hardness:0%.
Warnakan di luar garisan seperti di bawah.
Selepas itu, tekan Ctrl+D untuk 'Deselect'.
Kaburkan garisan cahaya tersebut dengan menggunakan 'Blur Tool'.
Selesaikan kaburkan, pergi ke Blending Options dan ikut tetapan seperti dibawah.


Step 4 : Ulang Step 3 untuk cahaya yang lebih banyak.
Tukarkan warna outer glow untuk warna cahaya yang pelbagai.
Hasilnya lebih kurang seperti berikut.

Step 5 : Untuk lebih cantik, hasilkan lagi 3 cahaya kecil di sudut atas pula. (cantik ke? haha)

Proses memenuhkan wallpaper pula. Hehe.
Step 6: Masukkan logo. Kalau di sini saya masukkan logo iLuvislam.com.
Hasilkan Outer Glow seperti di bawah di Blending Options.
Step 7 : Masukkan teks.
Groupkan semua tulisan. Pilih semua layer teks.
Dan Convert to Smart Object. Kemudian Rasterize Layer. (Rujuk step 3).
Kurangkan peratus 'Fill' kepada 10%.
Pergi ke Blending Option dan ikut tetapan seperti di bawah.



Untuk perkataan 'Islam', tetapan adalah sama kecuali tambahkan Color Overlay.
Step 8 : Hasilkan satu layer baru. Namakannya sebagai Shiny. Buat satu bulatan di atas teks.
Isikan dengan warna putih. Pergi ke layer Teks. Sambil menekan Ctrl, klik pada kotak layer tersebut. Right click, kemudian Select Inverse.
Tekan delete dan selepas itu Deselect.

Setkan; Opacity:18%, Fill:84%
Lakukan step yang sama untuk perkataan Islam.

Dan nak ceriakan sikit wallpaper ini, saya letak sparkles pada perkataan tersebut.
Dan TADAA!! Siaplah wallpaper ini...!

Monday, November 23, 2009 | 5 Comments
Mungkir Janji...
Thahar: Mungkir janji?? Siapa yang mungkir?! Janji apa??
Guest: Owner blog ni la..!
Thahar: Apa yang dia buat?
Guest : Takde la.. Dia kata nak senyap jap.. Tak nak buat design dah.. Nak tumpu studi la kononnya..
Thahar: So, apa masalahnya..?
Guest: Kau tengok la.. Dia boleh pulak buat design wallpaper.. Hari tu cakap tak nak buat dah sampai habis final exam.. Cakap tak serupa bikin..!!
Thahar: Sabar2.. Bawa bertenang.. Mungkin dia ada sebab kot buat macam ni.. Kita tak tahu..
Guest: Sabar?? Sabar kau cakap??! Aku pantang tengok orang mungkir janji ni..! Memang nak kena..!!
Tiba-tiba owner blog ni datang...
Owner: Err.. Assalamualaikum..
Thahar: Waalaikumussalaam warahmatullah.. Eh, owner..
Guest: Waalaikumussalaam... Alamak..!! Owner! Cabut!!
(Guest melarikan diri dengan menutup terus komputernya..)
Owner: Ni apa bising-bising kat blog aku ni..? Nak kena halau ke..??
Thahar: Bukan, En. Owner.. Ni ha.. Guest tadi.. Dia marah-marah sebab dia cakap encik mungkir janji..
Owner: Mungkir janji apa??
Thahar: Yelah.. Encik kata nak stop dulu buat design.. Menyepi buat seketika.. Tapi,ni ada design baru pulak.. Apa cerita encik?
Owner: Owh, itu ke.. Em, memang saya cakap nak stop.. Tiba-tiba ada satu dorongan yang membuatkan saya ghairah nak menghasilkan design.. Em, lepas ni targer saya untuk testi Hari Raya Aidiladha pulak.. Hehe...
Thahar: Err... Okey2.. Terpulanglah encik nak buat apa.. Tak ada kena-mengena dengan saya.. Ok lah.. Saya nak pegi studi jap.. Exam dah dekat..
(Thahar terus cabut broadband di laptopnya supaya lebih mudah untuk tumpu studi tanpa ada gangguan alam maya..)
Owner: La.. Dah blah dah? Em, lantak korang la... Asalkan aku bahagia.. Ha, ni ha aku uploadkan wallpaper iLi kat sini..

Owner: Saya juga akan sertakan tutorial untuk wallpaper ni.. Dah siap.. Tinggal nak upload je.. Huhu.. Nantikan..
Monday, November 23, 2009 | 6 Comments
Penderitaan...
Rakan seperjuanganku di Kolej Ngeri dah buat dah Director ni..
Aku jer yang tertiggal ke belakang.. Huhu..
Friday, November 13, 2009 | 2 Comments












