| Kerja | Kerja | Kerja |
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap,
Design,
Lukisan,
Majalah
Minggu yang sangat padat. Penuh dengan kerja. Minggu ini ada Hari Terbuka KTD. Terlibat dengan pembukaan booth untuk Unit Percetakan di bawah Kelab Penerbitan Kreatif. Antara yang perlu dibuat ialah button dan majalah Cakna Hati.
Saya ditugaskan untuk design muka depan dan penyusunan reka letak ruang dalaman. Sangat sukar kerana artikel tidak dihantar tepat pada masanya. Artikel tiada, bagaimana nak susun artikel? Adeh~
Ini design muka depan untuk Cakna Hati. Design untuk tajuk 'Cakna Hati' telah ditukar. Idea saya tidak diterima. :-P
Itu yang pertama. Yang kedua, saya kena warnakan kartun untuk Website Pendidikan Kanak-Kanak. Mereka mahu membuat majalah untuk kanak-kanak. Jadi memerlukan 'kanak-kanak' untuk mewarna. Hehe.
Ini dia.
Nak mewarna macam Freshie, tak sempat. Banyak keje. Hehe. Lagi pun baru mula belajar-belajar. Skil mewarna pun macam kanak-kanak. Adeh~
Friday, March 26, 2010 | 10 Comments
Keracunan TV
Di post oleh
Thahar
Labels:
Design,
iLuvislam.com,
Tazkirah
Sekarang bila kita menonton TV, banyak sangat perkara-perkara yang melanggar syariat. Kalau cerita barat tak payah ceritalah. Memang dah terang-terang. Yang dimaksudkan sekarang ialah cerita tempatan iaitu orang kita sendiri.
Sampaikan cerita 'Islami' pun nak diselitkan adegan-adegan yang melanggar syariat.
'Matlamat Tidak Menghalalkan Cara'.
Apakah yang difikirkan mereka sebenarnya? Mereka di sini merujuk kepada insan-insan yang bertanggungjawab menghasilkan cerita-cerita tersebut. Baik dari penerbit, pengarah, penulis skrip dan sesiapa yang berkenaan. Nak berdakwah? Tapi pada masa yang sama buat maksiat? Berpeluk-pelukan, bergomol-gomolan. Suasana di kelab malam yang tiada kena-mengena dengan cerita, babak di bilik tidur yang tidak sepatutnya ditunjukkan. Dan bermacam-macam lagi yang tidak bertetapan dengan Islam.
Bila isu ini diutarakan, adalah pihak-pihak yang rasa diri mereka lebih tahu dari Ulamak, mengatakan kita ini berfikiran kolot, jumud dan tak 'open-minded'. Seorang pengarah terkenal mengulas tentang filem kontroversinya,
" FIlem ini dibikin untuk memberi mesej kepada penonton. Kita ambil mesej yang cuba disampaikan. Janganlah ambil yang negatif."
Ya, betul. Tapi orang kita sekarang tidak ramai mengambil iktibar dari filem tersebut. Yang mereka ingat, aksi-aksi yang dipaparkan, hero-heroin yang digandingkan. Sedikit sahaja yang dapat mesej.
Dan sebenarnya, orang kita sudah ramai yang terkena racun tv ini. Racun yang menyebabkan kita dah lali dengan dosa maksiat yang dipaparkan di kaca tv. Sehinggakan kita merasakan macam itu adalah perkara biasa. Astaghfirullah. Sampai begitu sekali penangannya racun ini.
Cari penawar kepada racun itu. Bagaimana mahu mencari penawar tersebut? Kembalilah pada Islam. Jangan ambil Islam itu suku-suku. Ambillah Islam itu keseluruhannya. Rasulullah Sallahu A'laihi Wasallam bersabda maksudnya:
"Berpeganglah kamu kepada dua perkara nescaya kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu AL QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW"
Wallahu A'alam
Cari penawar kepada racun itu. Bagaimana mahu mencari penawar tersebut? Kembalilah pada Islam. Jangan ambil Islam itu suku-suku. Ambillah Islam itu keseluruhannya. Rasulullah Sallahu A'laihi Wasallam bersabda maksudnya:
"Berpeganglah kamu kepada dua perkara nescaya kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu AL QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW"
Wallahu A'alam
Sunday, March 21, 2010 | 2 Comments
Kem Pemantapan Bahasa Arab
Di post oleh
Thahar
Labels:
Cakap-cakap
Hampir setengah bulan blog ini tidak dikemaskini. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Antaranya ialah Kem Pemantapan Bahasa Arab yang berlangsung di SAMeR pada 13 dan 14 Mac 2010 yang lalu.
Syahdu rasanya bila menjejakkan kaki di dalam kawasan SAMeR. (Sebenarnya naik teksi, jadi tak jejakkan kaki, cuma hanya duduk di dalam teksi. Hehe). Dan bila melihat suasana di sana, sungguh berbeza dari tahun 2007; tahun terakhir berada di sana. Mural-mural yang cantik, pembangunan yang 'sihat' dan asrama yang makin cukup kemudahannya. Tapi ada satu perkarasahaja yang masih tidak berubah. Tandas blok A yang selalu dikunjungi di waktu lapang, Tetap sama macam dulu. Seni-seni yang tercalit di dinding masih kekal. Hehe.
Ops! Menyimpang jauh dari tujuan entri ini.
Tujuan entri ini adalah untuk berkongsi tentang program yang baru dijalankan di SAMeR.
Saya ditugaskan untuk memegang Unit Teknikal dan Persiapan. Kiranya macam technician lah. Skop kerja antaranya buat tag nama untuk urusetia dan fasilitator, background untuk setiap aturcara, sehinggalah untuk Laman Interaktif kem ini yang diedarkan dalam bentuk cd.
Sporting jugalah adik-adik ini semua. Mereka tak sempat merasai zaman kegemilangan saya ketika saya tingkatan 5 kerana mereka mula masuk pada tahun 2008. Saya keluar tahun 2007. Jadi tak sempat kenallah. Tapi yang membuatkan saya terkejut, apabila ada seorang budak menegur saya.
"Assalamualaikum Abang Thahar!"
Eh, mana budak ini kenal?? Lantas dia mencelah bila dahi berkerut cuba mengingati semula kalau-kalau saya mengenali dia. "Saya join program kat Masjid Amaniah dulu la. Ni abang Thaharel Bahardin."
MasyaAllah! Nama penuh pun dia ingat. Terharu juga waktu tersebut. Walaupun hanya seorang mengenali secara formal, tapi itu dah cukup membuatkan saya terharu. Huhu. Yang lain hanya kenal-kenal camtu saja. Abang Thahar button. Haha.
Ini sedikit gambar yang ada sepanjang program.
Tuesday, March 16, 2010 | 9 Comments
Siapa Mahu Button? Angkat tangan!
Di post oleh
Thahar
Labels:
Design,
Unit Percetakan
Update 2 Mac 2010 - 12:50 p.m
Mahukan button badges untuk membuat koleksi peribadi?
Angkat tangan!
Mahukan button badges untuk persatuan atau kelab?
Angkat tangan!
Mahukan button badges untuk program-program anda?
Angkat tangan!
Tapi sila lihat keadaan sekeliling dahulu sebelum angkat tangan. Dikhuatiri kamu akan dianggap tidak siuman. Haha.
Er, apa yang dirapikkan ini?
Er, apa yang dirapikkan ini?
Em, sebenarnya begini. Saya baru saja mendapatkan mesin untuk membuat button badges. Ya, sudah seminggu lebih saya memilikinya. Terasa puas dalam hati kerana salah satu impian telah tercapai. Alhamdulillah. Terima kasih kepada abang sulung kerana banyak membantu. Harganya mencapai 4 angka. Sama harga dengan kebanyakan laptop di pasaran. Adeh.
Jadi, siapa mahu tempah button? Angkat tangan!
Antara contoh design yang saya ada ialah:
Untuk button yang sedia ada ini, harganya ialah rm3 sebiji.
Untuk tempahan peribadi, persatuan atau lain-lain yang memerlukan design eksklusif, harganya seperti di bawah:
Harga button mengikut jenis. Tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran adalah percuma untuk kuantiti 50 dan ke bawah.
Setakat ini, hanya ada saiz 55mm, iaitu saiz standard. Yang lain, boleh juga tempah. Tapi bukan saya yang buat. Hehe.
Untuk yang nak tempah bawah 12 biji, harga boleh dirunding.
Jangan angkat tangan saja. Ringankan tangan untuk menghantar email kepada saya dan sertakan sekali butiran-butiran tempahan seperti:
- Nama
- No.Telefon
- Alamat
- Jumlah button yang mahu ditempah
- Sertakan design sendiri atau butiran design pilihan.
Hantar ke email saya, thefilsuf[at]gmail[dot]com.
*gantikan di dalam kurungan dengan '@' dan '.'
Saya akan hantarkan ke tempat anda di serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Tetapi ada juga rakan seperjuangan saya di Seremban. Dia pun ada mesin ini juga. Kalau nak jumpa dia pun boleh atau hubungi dia di
moneyncharisma[at]yahoo[dot]com. Nama - Aasim
moneyncharisma[at]yahoo[dot]com. Nama - Aasim
Monday, March 01, 2010 | 9 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)

























